Tips Buat Resume Yang Baik

resume terbaik

resume terbaik 150x150 Tips Buat Resume Yang BaikResume atau sejarah ringkas tentang biografi diri, keterampilan peribadi serta pengalaman pekerjaan seorang yang melamar sesuatu pekerjaan mam pu menjadi faktor pemilihan awal sebelum anda ke peringkat seterusnya dalam proses pemilihan tenaga pekerja sesebuah organisasi atau pun syarikat.

Resume yang dibuat dengan baik dan sempurna akan mempermudah pembacanya (biasanya pegawai sumber manusia/pengrekrut) dalam memberi penilaian awal terhadap kualifikasi dan kualiti seseorang yang mencari pekerjaan, seterusnya meletakkan anda sebagai calon yang lebih berpotensi untuk dipilih. Oleh itu janganlah nada berpandangan remeh atau rendah tentang peri pentingnya anda membuat satu resume yang baik dan berkesan. Berikut adalah tips-tips dan cara yang terbaik untuk membuat sesuatu resume dengan lebih sempurna:

10 Tips Untuk Membuat Resume

1. Jangan menghantar resume anda tanpa surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah anda tidak berminat untuk mendapatkan kerja tersebut.

2. Surat pengenalan itu mesti dibuat dengan kemas dan teratur. Sebaiknya resume anda mestilah ditaipkan supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang membuat pembetulan. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia akan memberikan imej buruk pada anda, seolah-olah anda tidak bersungguh-sunguh.

3. Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.

4. Tulis sendiri! Tidak salah kalau anda membuat rujukan daripada contoh atau format yang sedia ada, tetapi sebaiknya anda tulis sendiri dan tentu hasilnya lebih memuaskan. Selain itu, anda juga harus jujur semasa membuat resume. Jika anda membesar-besarkan keupayaan anda, tentu anda akan malu jika ia diketahui orang nanti.

5. Elakkan ‘gimik’ seperti foto, lukisan kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu. Lagipun, ia kelihatan seolah-olah anda masih lagi kurang matang, tidak dapat bezakan surat formal dan peribadi.

6. Resume anda harus difokuskan dalam bidang kemahiran anda sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerja yang anda pohon itu.

7. Gunakan nombor atau garisan supaya resume anda kelihatan kemas.

8. Resume anda juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia kelihatan aktif dan positif.

9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan yang ditulis itu bermakna dan menyokong objektif penulisan resume anda.

10. Buatlah beberapa draf dan berikan resume anda kepada beberapa orang untuk diperiksa. Jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada pembacanya

Cara Menulis Resume yang Baik

Resume adalah langkah paling asas dalam membuat pemohonan kerja. Resume yang baik harus memberi kesan yang positif kepada penemuduga. Resume yang baik harus meliputi semua aspek di bawah:

1. Isi kandungan

Unsur-unsur dalam resume itu mesti standard. Walau bagaimanapun anda boleh menentukan sama ada anda ingin menceritakan secara terperinci atau tidak, tentang pekerjaan anda yang lepas.

2. Asas

la termasuk nama, nombor telefon, alamat dan e-mail (jika ada). Anda juga harus sertakan dengan dua keping foto saiz berukuran pasport bersama resume tersebut.

3. Objektif

Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya dan kemahiran anda. la boleh ditulis dalam satu atau dua ayat sahaja. la juga boleh diabaikan tetapi ramai penemuduga harap dapat membacanya. Dalam objektif anda, jangan menyalin bulat-bulat penerangan pekerjaan itu daripada iklan sahaja. Anda mesti kreatif sikit!

4. Pendidikan

Jika anda baru pertama kali memohon pekerjaan, anda hendaklah senaraikan semua kelulusan akademik anda daripada peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat tertinggi yang kamu miliki. la termasuk jurusan yang diambil, gred atau markah purata, anugerah yang diterima.

Sebaliknya jika anda telah bekerja sebelum ini dan mempunyai pengalaman pekerjaan yang agak lama, anda hanya perlu senaraikan kelulusan akademik peringkat tertinggi sahaja dengan pengkhususan diberi kepada bentuk-bentuk kursus atau kelas tambahan yang diambil untuk mempertingkatkan kemahiran dalam bidang berkaitan pekerjaan anda sebelum itu samada dari segi teknikal mahu pun pengurusan.

5. Kemahiran khusus

Nyatakan kemahiran yang anda miliki termasuklah bahasa, sama ada dari segi penulisan atau pertuturan, penggunaan komputer atau kemahiran lain yang berkaitan dengan kerja yang anda pohon itu.

6. Aktiviti

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah anda lakukan seperti hobi, kerja sukarela dan lain-lain yang dapat menunjukkan kewibawaan anda. Selalunya penemuduga akan dapat tahu pesonaliti kamu melalui aktivi yang anda ikuti itu.

7. Pengalaman kerja

lni termasuk kerja praktikal, kerja sambilan, kerja sementara dan kerja sukarela. Jika boleh, susun ia mengikut tahun dan tarikh yang terkini. Masukkan juga jawatan anda, nama syarikat, lokasinya dan tugas-tugas utama yang anda jalankan.

8. Rujukan

Anda harus menyatakan bahawa anda telah bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.

Corak Resume

Terdapat 4 jenis format resume. Setiap jenis itu mempunyai kebaikan dan kelemahannya serta sesuai untuk suasana yang berlainan.

1. Kronologi (mengikut urutan masa)

Untuk menjadikan resume kamu lebih teratur, senaraikan setiap perkara mengikut turutan tahun tetapi secara terbalik (Yang terkini ditulis dahulu). Ia lebih menitikberatkan perjalanan kerjaya kamu dan nama syarikat kamu dulu, tetapi kurang mengambil berat tentang pengalaman kerja dalam sesuatu bidang.

2. Corak Fungsi

la menitikberatkan keupayaan dan tugas utama kerja, jawatan serta pengalaman kerja kamu. Ia amat sesuai digunakan oleh pemohon yang kurang berpengalaman dan hanya mabu fokuskan pada kemahiran mereka sahaja.

3. Corak bermatlamat

Corak ini senaraikan penerangan tentang sasaran suatu kerja khusus serta mahu memberi kesan yang mendalam kepada penemuduga. la amat sesuai bagi pemohon yang mahir dalam sesuatu bidang.

4. Corak penyiaran

Corak yang berdasarkan pengalaman atau percubaan. la merupakan surat penerangan bagi diri kamu dan menitikberatkan kemahiran kamu. Amat sesuai digunakan untuk pemohon yang moden dan ingin meminta ditemuduga oleh syarikat itu.

Artikel ini ditulis semula dan diolah menggunakan rujukan artikel asal terbitan Majalah REMAJA, 1 JUN 1998, ms. 50-51

*

*


four × = 16

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Peraduan Uji Minda 2 – Segalanya Matematik

Pada entri ini, saya akan mengemukakan 4 soalan matematik susah untuk dijawab oleh semua pengunjung PanduanPercuma.info - Saya menggalakkan penyertaan daripada semua orang termasuk guru-guru...

Close