Cara Mudah Bahagi Sifir 9

Percayakah anda sekiranya saya katakan bahawa ada teknik mudah untuk mendapat hasil bahagi nombor-nombor yang kompleks dengan angka 9? Walaupun nombor-nombor tersebut kelihatan agak kompleks dan panjang, namun menggunakan cara ini, anda akan dapati operasi bahagi sifir 9 adalah begitu senang sekali. Berikut adalah cara tersebut:

Contoh 1:

32456 9 = ?

Tekniknya agak mudah iaitu anda perlu menambah hasil urutan nombor tersebut, dengan mengambil kira angka atau nilai 9 akan menaiki rumah baru dan bakinya diletakkan sebagai nombor yang hendak ditambah nilai sehingga nombor terakhir dalam urutan tersebut. Hasil tambah nilai terakhir diletakkan pada bahagian kanan sekali untuk menentukan nilai baki hasil bahagi tersebut. Bagi contoh 1 di atas, hasil bahaginya ialah:

Jawapan

(3 – turunkan terlebih dulu sebagai nombor pertama) (3+2=5) (5+4=9, jadikan nilai=0 dan naikkan angka 1 pada nombor sebelah kiri, manakala baki ditinggalkan untuk ditambah dengan nombor urutan seterusnya) (0+5=5) (5+6=11 diletakkan pada bhg kanan sekali untuk menentukan nilai baki, jadi di sini 11=9+2, naikkan 1 kepada nombor sebelah kiri dan bakinya adalah 2)

ringkasnya menjadi = 3(3+2)(5+4)0(5+1) baki=2

jawapannya = 3606 baki 2.

Formula ini boleh digunakan untuk sebarang nombor yang hendak dibahagikan dengan 9

Contoh 2:

413578 9 = ?

Jawapan

4 (4+1) (5+3) (8+5=13=9+4, naik rumah 1, baki 4) (4+7=11=9+2, naik rumah 1, baki 2) (2+8=10=9+1, naik rumah 1, baki 1)

45(8+1)(4+1)2 B(2+10) =4595(2+1) baki 1

45953 = 45953 baki 1

Contoh 3:

12345 9 = ?

Jawapan

1(1+2)(3+3)(6+4=10=9+1) b(1+5)

13(6+1)1 b6 = 1371 baki 6

Untuk penjelasan dengan lebih baik, sila teliti video di bawah:

Semoga artikel memberi manfaat untuk semua pengunjung PanduanPercuma.info

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*