Petua Masakan Di Dapur

petua di dapurMemasak biasanya dikaitkan dengan wanita dan suri rumah. Namun dalam dunia sekarang tugas memasak telah bersilih ganti antara kaum adam dan hawa berikutan dengan peredaran zaman dan masing-masing suami isteri penat bekerja. Oleh itu, kaum lelaki seharusnya juga cuba untuk membantu isteri dalam hal masakan. Mungkin juga dalam situasi tertentu, kaum isteri tidak dapat memasak, maka tugas ini sepatutnya diambil alih oleh kaum suami. Jadi tidaklah mengharapkan makanan yang dibeli di kedai sahaja. Sehubungan dengan itu, diharap tip dan petua masakan berikut dapat membantu sesiapa sahaja yang tidak arif perihal masak-memasak di dapur.

Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-

  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Merasa Makanan di Bulan Puasa

  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.

Mengelakkan Bau Hangit Nasi

  1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
  2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
  3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

Supaya Nasi Lambat Basi

  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

Mengelakkan Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.

Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Petua Masakan Di Dapur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*