Petua Ringkas Untuk Bayi

petua untuk bayi

petua untuk bayi Petua Ringkas Untuk BayiPetua-petua berikut adalah amat berguna kepada ibu-ibu yang menjaga anak-anak mereka terutama kepada bayi. Amalan ini boleh dilakukan dengan mudah dan amat berkesan menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan bayi.

Ada 3 petua yang ingin dikongsikan di sini. Anda boleh cuba mana satu yang lebih cepat dan berkesan. Berikut adalah petua ringkas tersebut:

1. Petua Elakkan Bayi Demam Selepas Disuntik

Gunakan salah satu drp 3 cara di bawah:

  1. Sapukan bawang kecil yang di potong pada tempat suntikan sebaik sahaja bayi selesai di suntik.
  2. Sapukan minyak angin pada tempat suntikan tadi supaya kurang rasa dedau pada bayi.
  3. Tuam dengan lembut pada kawasan suntikan tapi jangan di tekan.

2. Tip Mengelakkan Bayi Menjadi Kuning (Jaundice)

Masalah bayi kuning memang tipikal berlaku kepada bayi masa kini. Amalkan salah satu petua berikut supaya anda dapat elakkan bayi anda daripada menghadapi masalah kekuningan selepas lahir:

Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

  1. Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya. Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
  2. Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
  3. Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
  4. Yang terbaik adalah amalan sebelum kelahiran (semasa mengandung) ialah dengan mengamalkan memakan sebiji kurma setiap hari sehingga kelahiran. InsyaAllah ianya berkesan.

Diharap pada ibu-ibu yang bakal bersalin akan bersedia jika bayi anda menghadapi masalah demam kuning ketika lahir nanti.

3. Masalah Ruam Pada Bayi

Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudia amalkan menyapu minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.

Related posts

*

*


5 × = fifteen

 

[corner-ad id=1]
Top This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
ranking mrsm spm 2011
Senarai Ranking MRSM SPM 2011

Tahniah saya ucapkan kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada hari ini. Sekiranya sebelum saya laporkan kedudukan senarai...

Close