Tips Tinggalkan Kenderaan Untuk Jangkamasa Yang Lama


Pernahkah anda meninggalkan kereta anda pada suatu jangkawaktu yang agak lama, misalnya 3 hingga 6 bulan? Ada kalanya, apabila anda berbuat demikian, kereta anda menjadi sukar untuk dihidupkan. Begitu juga dengan sebahagian daripada yang suka membeli kenderaan tender (terutama kenderaan yang bermasaalah), anda akan dapati kenderaan tersebut samada susah untuk dihidupkan atau kadang-kadang “kong” sama sekali. Mungkin ada juga di kalangan kita yang terpaksa berkhidmat ke luar negara dan terpaksa meninggal kereta kesayangan di dalam garaj di rumah buat beberapa tempoh yang agak lama.
www.familiazam.com
Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama samaada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.
www.familiazam.com
Selain itu berikut adalah beberapa langkah yang harus dilakukan:

1. Cabut atau tanggalkan sambungan kabel bateri kenderaan. Ia bertujuan untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.

2. Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masaalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak injin dan penapisnya.

3. Titiskan minyak injin baru ke selinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada selinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masaalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

4. Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru.

5. Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia telah melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.
www.familiazam.com
6. Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan (absorbers), tualkan keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.

7. Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk. Berdasarkan maklumat tersebut ia mampu mambantu anda mengatasi masaalah menyimpan kenderaan  untuk suatu tempoh yang lama.

Sumber: Akhbar Tempatan @

Print Friendly

Lain2 Artikel Menarik:

Filed Under: Petua/Tips

Tags: , , ,

About the Author

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. PakarHowTo says:

    Tok Jogho,Ambo dah link kan blog tok ke blog PakarHowTo.Tolong link blog ambo pulok deh…Tenkiu

  2. tokjogho says:

    t. kasih kerana lawat juga blog ambo. nanti ambo link pakarhowto cni!

Kongsi Pendapat




Jika inginkan gambar anda muncul bersama komen anda, dapatkan Gravatar.

*

 

This site is protected by WP-CopyRightPro