Petua Kecantikan Payudara Wanita

Payudara merupakan antara aset terpenting buat seorang wanita. Mempunyai payudara yang tegang dan cantik menjadi setiap idaman wanita, namun tidak semua wanita memperolehi sifat payudara yang sedemikian. Oleh itu, seseorang wanita yang ingin mempunyai payudara sedemikian perlulah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat payudara yang cantik dan sempurna. Berikut adalah beberapa petua orang tua yang boleh diamalkan untuk tujuan tersebut.

Petua Mencantikkan Payudara
Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih. Petua 2 Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Sapukan disekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

Petua Menegangkan Payudara
Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. 1) Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’.  Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan. Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu. Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu. Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Memerahkan Puting Yang Lebam
Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil 3 helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.

Memulih Puting Dari Retak-Retak
Untuk memulihkan retakan pada puting, ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika menyusu anak.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

One thought on “Petua Kecantikan Payudara Wanita

  • 15/05/2010 at 9:20 pm
    Permalink

    i nk tnyer mne nk dpt mnyk klpa ijau 2 ??? lgi 1 ada mudarat x kt pyu dara ???? tkot kne ktmbuhan je ,, tlg bls scepat mgkin ,, terima ksih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*