Panduan Mencipta Kata laluan Yang Berkesan

kata laluan

Saya mengambil peluang pada artikel kali ini untuk berkongsi cara membentuk atau mencipta kata laluan ataupun password yang mudah diingat dan berkesan. Tujuan mencipta kata laluan sedemikian ialah untuk mengelak daripada sesiapa sahaja daripada mencuri informasi rahsia anda.

Kata laluan yang selamat mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  1. Katalaluan TIDAK BOLEH DICATAT pada mana-mana tempat
  2. Katalaluan mestilah SUKAR DITEKA oleh sesiapa
  3. Katalaluan mestilah tidak boleh TERLUPA dan sentiasa DIINGAT

Jika anda mematuhi kriteria tersebut, anda adalah antara orang yang terselamat dari sebarang kecurian kata laluan atau pun identiti anda. Berdasarkan kriteria pertama tadi di mana kata laluan tidak boleh dicatat di mana-mana, ini bermakna kata laluan sebolehnya tidak boleh dicipta oleh komputer (computer generated).

Jika kata laluan tersebut dicipta oleh komputer secara rawak, anda akan dapati kata laluan ciptaan komputer adalah sangat “unik dan ganjil” dimana anda tidak boleh membuat sebarang hubung kait dengan sesuatu atau seorang yang anda berinteraksi dalam kehidupan seharian. Ini bermakna anda akan mendapati agak sukar untuk mengingatnya dan pada akhirnya anda akan mencatatnya di mana-mana tempat yang sesuai untuk tujuan rujukan. Cuba anda lihat dan cuba fahamkan dengan 4 contoh kata laluan yang dicipta oleh komputer seperti di bawah:

#$QrHC?nIkTr katalaluan

>$A3^O3clSIk

|WWR]>M.$&|+

(vGr`@e}OXyW

Sudah tentu teramat SUKAR untuk diingati! Dalam dunia yang sebenar, walau sehebat mana kata laluan yang dicipta kita pasti cuba merekod dan mencatatkan kata laluan tersebut samada di dalam wallet, tas tangan dan paling teruk pada monitor di mana kita bekerja. Realitinya, untuk menjadikan kata laluan kita betul-betul selamat, ianya sepatutnya berada di dalam minda kita sahaja.

Sebagai manusia, memanglah kita sering mengaitkan sesuatu dengan sesuatu atau seseorang yang terdekat dengan kita seperti isteri kita, anak-anak kita, keluarga kita hatta mungkin juga item kesayangan kita seperti kereta, kucing dan sebagainya. Kita juga mungkin mengaitkan kata laluan kita dengan kad pengenalan, tarikh lahir dan sebagainya untuk tujuan senang diingat.

Sebenarnya, tiada salahnya kita menggunakan hubungan tersebut, tetapi kita perlulah bijak menggunakannya dalam kata laluan. Kita juga tidak digalakkan menggunakan 1 kata laluan untuk pelbagai lokasi atau sistem. Seboleh-bolehnya cuba pelbagaikan kata laluan tersebut tetapi janganlah terlampau banyak sehinggakan anda lupa yang mana satu diperlukan untuk sesuatu lokasi atau sistem tersebut. Dengan kata lain, satu atau dua kata laluan yang berkesan adalah lebih baik daripada BANYAK kata laluan yang mudah diteka.

Sebenarnya, cara yang praktikal untuk mencipta kata laluan yang baik dan berkesan serta mudah diingat ialah dengan merekacipta satu cara tertentu untuk mengingati kata laluan tersebut. Pastikan juga seboleh-boleh setiap kata laluan:

  • Mengandungi aksara seperti simbol, nombor, huruf kecil dan besar.
  • Kata laluan seelok-eloknya mempunyai 8 aksara atau lebih.
  • Elakkan daripada menggunakan huruf atau nombor yang berulang-ulang, susunan nombor, nombor atau huruf yang jelas diketahui umum, tarikh lahir, nombor kereta dan seumpamanya.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membentuk cara dalam mencipta kata laluan:

Langkah 1 – Mulakan dengan item seperti perkataan atau nama yang mudah dan senang diingati tetapi tidak terlalu nyata atau obvious pada umum seperti nama, tempat, tarikh, warna, ciri-ciri sesuatu, atau pun sesuatu objek yang bermakna dalam kehidupan seharian.

Contoh yang boleh kita ambil di sini ialah seperti menggunakan nama anak kita, tarikh lahir anak atau isteri, nama sekolah semasa kanak-kanak, nama kampung asal kita dsb. Carilah sesuatu yang boleh ingat dan kaitkan tetapi pihak lain tidak mengetahui kaitan atau hubungan tersebut. Berikut adalah contoh-contoh yang anda boleh praktikkan apabila mencipta kata laluan:

Contoh 1:

  1. Katakanlah tarikh lahir anak sulung anda 12 hb Nov 1995.
  2. Nama yang anda berikan ialah Muhd Aliff Aiman.
  3. Bersekolah di Sek. Keb. Tg. Lumpur di tahun 6.

Bagaimana anda hendak membentuk satu hubung-kait antara nama, nombor dsb di sini?

Contoh 2:

Anda juga menggunakan sesuatu yang anda minat. Misalnya anda meminati Perlumbaan F1.

  1. Kereta yang anda minat ialah Ferrari
  2. Pelumbanya ialah Schumacer,
  3. F1 bermula di Sepang, Tahun 1991.

Bagaimana anda hendak membentuk satu hubung-kait antara nama, nombor dsb di sini?

Contoh 3:

  1. Nama anda Siti Zalilah bt Hj Ismail
  2. Anda lahir pada 20 hb Jan 1979
  3. No k/pengenalan anda berakhir dengan 7236
  4. Tinggi anda 1.58m

Bagaimana anda hendak membentuk satu hubung-kait antara nama, nombor dsb di sini?

Langkah 2 – Bentukkan satu metod atau cara beralgoritma menggunakan satu set peraturan yang perlu dipatuhi. Setkan dalam minda anda metod tersebut apabila anda mencipta kata laluan. Ia akan menghasilkan kata laluan yang unik dan ganjil tetapi anda akan mudah mengingatinya kerana anda yang menciptanya sendiri bukan seperti yang dicipta oleh komputer.

Untuk membentuk metod, anda juga boleh menggunakan algoritma tertentu dalam membentuk kata laluan seperti menggunakan kata mnemonik, huruf awalan atau akhiran dalam perkataan atau pun menggunakan satu sekuen yang boleh dibentuk berpandukan pada papan kekunci anda.

Metod 1.- Membentuk Algoritma Sendiri

a) Algoritma “Shifting keys”-

Anda boleh samakan A=Z, B=Y, C=X, D=W dsb atau anda juga boleh mewujudkan di papan kekunci seperti A->Z, S->X, D->C, F->V iaitu sistem shifting to bottom right key (alih ke bahagian bawah kanan kekunci) atau sebaliknya – alih ke bhg atas kiri kekunci seperti Z->A, X->S, C->D, V->F dsb yang mana kedudukan kekunci akan silih berganti apabila aksara ke bahagian bawah kanan sudah tiada, anda secara otomatik mesti memilih aksara ke bhg atas kiri sebagai ganti.

“Shift to bottom right”- jadi kalau perkataan saya=xz6q, tapi kalau azim=zakj. “Shift to top left” – saya=qz6z, azim=za8j . Anda boleh juga mengguna teknik Alih ke bhg bawah kiri (Shift to bottom left) dan Alih ke bhg atas kanan (Shift to top right)

FAKTA: Nama anda Zaki Yamani Haji Abdullah, lahir pada tahun 1965. Katalaluan boleh dibina = #19ZYHAa6tz65.

Metodnya ialah # rujuk sebagai no, 19(tahun awal tarikh lahir), ZYHA (nama), a6tz (shift to right code kpd ZYHA) , 65(tahun akhir tarikh lahir)

FAKTA: Nama anda Muhd Alimin Yahya, lahir pada 1981, kad pengenalan berakhir dengan 7095.

Kata laluan yang boleh dicipta=95MAYjz6#70. Metodnya ialah 95(akhiran no k/p), MAY(nama), jz6 (shift to top left code kpd MAY),#70(no awal k/p anda)

*Perlu diingatkan, jika anda telah membentuk algoritma tertentu, anda mestilah sentiasa konsisten dalam mengikut format tersebut agar anda tidak tersalah. password

b) Shifting Keys for Number (Gunakan SHIFT untuk nombor)

Algoritma ini juga amat berkesan dalam mencipta kata laluan kerana aksara-aksara pada SHIFT + nombor tersebut amat unik dan sukar diteka oleh sesiapa.

Contoh: jika kata laluan anda mengandungi no akhir kad pengenalan anda 5168 dengan gabungan nama samaran anda + tarikh lahir anda.

Kata laluan 78KathyCUN5168 = &*KathyCUN%!^*

c) Equate the Chosen Characters (Samakan Aksara Terpilih)

Melalui algoritma ini, anda hanya perlu samakan aksara terpilih kepada aksara lain yang hampir sama dari segi bentuknya dan juga maknanya. Contohnya ialah:

  • a= @
  • (= bulan
  • to= 2
  • c= (
  • s= $
  • space= %
  • n= &
  • o (huruf o kecil)= 0 (nombor kosong)
  • i= !
  • v= ^
  • #= berat dlm pound, atau nombor
  • ?= tanya soalan
  • *= bintang
  • <= lebih kecil
  • >= lebih besar
  • @= at
  • 4= for

Jika anda ingin mencipta password menggunakan algoritma ini, sebagai contoh kata laluan Wan PujanggaNo1 = W@&%Puj@&gg@#1, 1Malaysia = 1M@l@y$!@, mahadi@ibm = m@h@d!@!BM

Metod 2.- Metod Frasa/Ayat

Anda boleh membentuk metod frasa/ayat di mana anda hendaklah membentuk satu frasa/ayat daripada maklumat yang anda ada. Contohnya, jika anda lihat fakta pada Langkah 1 – Contoh 1: Bagaimana anda boleh membentuk frasa daripada maklumat tersebut.

Contoh 1:

Frasa yang boleh dibina mungkin seperti berikut:

a. Anak sulung saya lahir pada 12hb Nov 1995. Kata laluan yang boleh dibentuk= A#1slp12N95 – Kalau menggunakan Bahasa Inggeris ianya menjadi My first son was born on 12 Nov 1995 =M#1swbo12N95

b. Muhd Aliff Aiman bersekolah di SK Tanjung Lumpur dalam tahun 6. Kata laluan yang boleh dibina ialah= MAAbdSKTLdt6

c. Hari raya Aidil Adha jatuh pada 1 Syawal = HrAAjp1S

Contoh 2:

Kata laluan= F1#1dSbpt91 -> apakah frasa yg perlu anda ingat? Betul! Formula 1 no 1 di Sepang bermula pada tahun 91 atau dalam Bahasa Inggeris “The first F1 in Sepang started in year 91” = T#1F1iSsiy91

Contoh 3:

Fakta: Anak pertama Muhd Amin Fakhri lahir tahun 1995, anak terakhir Anis Syakirah lahir pada tahun 2005.

Frasa: Anak no 1 Muhd Amin Fakhri 95, anak bongsu Anis Syakirah 2005. Kata laluan boleh dibina ialah: A#1MAF95abAS05

Contoh 4:

Fakta: Anak sulung aku lebih tua 7 tahun drp anak bongsu.

Frasa: Anak no 1 lebih tua 7 tahun drp anak no 5

Kata laluan boleh dibina ialah: A#1>7tda#5

Langkah 3 – Jika kata laluan tersebut perlu diubah dari semasa ke semasa, anda hanya perlu mengubah dengan memasukkan pemboleh ubah pada kata laluan tersebut seperti masa, tarikh, minggu atau tahun ke mana-mana bahagian kata laluan tersebut – samada dibelakang, tengah atau depan katalaluan tadi.

Jika anda ingin menguji dan mengetahui sebaik mana kualiti kata laluan anda, anda boleh melayari laman web www.PasswordMeter.com – Cuba uji kualiti kata laluan anda. Saya hanya mendapat score 98% bagi kata laluan yang biasa saya guna! Anda bagaimana?

S E L A M A T M E N C U B A!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Panduan Mencipta Kata laluan Yang Berkesan

  • 28/10/2009 at 9:53 pm
    Permalink

    Alamak, x cukup strong plak paswed
    yg sy wat. Kena tambah power ni. 🙂

    Reply
    • 29/10/2009 at 9:49 am
      Permalink

      tq kerana jenguk masuk blog tok ni. Memang kekadang kita rasa pw kita cukup power, padahal tidak. tok dah lama guna kaedah ini dan pw tok memang strong.. pilihlah cara2 yang rasanya senang diingat tapi sukar diteka.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*