Tips Taman Herba

Kebiasaannya, taman herba diwujudkan berasaskan konsep tema sebagai kulinari atau perubatan. Walaupun ia mempunyai kurang nilai estetik dengan kombinasi yang betul, anda boleh mewujudkan suasana landskap herba yang dramatik.

Berikut adalah antara tips yang berguna bagi anda:

Tip 1:

Kaji sifat-sifat fizikal setiap herba secara individual dari aspek pembungaan, warna, tinggi, tekstur, corak pertumbuhan. Sebagai contoh, salah satu jenis daun selasih yang mempunyai warna ungu terang serta mengeluarkan aroma yang segar.

Tip 2:

Wujudkan kombinasi yang efektif. Sebagai contoh, menanam tumbuhan herba yang berbeza dari segi warna secara berhampiran untuk mewujudkan warna yang harmoni.

Tip 3:

Pilih warna tema (biru dan ungu, hijau dan kuning, merah dan jingga, warna lembut dan sebagainya). Cuba elakkan penggunaan lebih daripada tiga warna yang berbeza di kawasan taman anda. Terlalu banyak warna akan mewujudkan suasana taman yang serabut.

Tip 4:

Bina kesinambungan dengan mengenal pasti tempat yang sesuai untuk menanam setiap herba yang berbeza. Tanam mengikut ketinggian di mana pokok rendah di hadapan manakala pokok tinggi diletakkan di belakang.

Tip 5:

Susun secara berkelompok. Tumbuhan herba nampak lebih dramatik dengan kesan visual yang lebih menarik jika ditanam secara berkelompok berbanding dengan sebaliknya.

Tip 6:

Wujudkan aroma dan bauan yang wangi dan menyegarkan dengan menempatkan secara strategik di kawasan taman tersebut. Letakkan tumbuhan herba yang mempunyai bau yang wangi berhampiran jalan atau depan rumah di mana bauan yang wangi itu dapat dihidu apabila kawasan tersebut dilalui.

Semoga panduan dan tips tentang taman herba ini dapat membantu anda mewujudkan taman herba di laman rumah anda. Selamat mencuba!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*