10 Tips Penjimatan Petrol Kereta

tips penjagaan kereta dan tios jimat petrolHarga petrol terus meningkat dalam pasaran sekarang bukan sahaja menigkatkat harga barangan, malah harga perkhidmatan turut merasa bahangnya. Kenaikan harga petrol tidak semestinya menyebabkan anda tidak boleh berjimat dengan penggunaannya. Mungkin juga dengan mengurangkan aktiviti memandu dapat mengurangkan penggunaan petrol pada kereta anda, namun tahukah anda kita juga boleh melakukan penjimatan penggunaan minyak petrol sekiranya kita melakukan bedasarkan 10 tip berikut:

1. Beli petrol anda ketika anda berada keadaan suhu yang tidak panas terutama pada pagi hari ketika anda pergi bekerja atau pada malam hari yang sememangnya lebih sejuk berbanding dengan suhu di siang hari. Petrol menjadi lebih padat dalam keadaan suhu sejuk. Oleh kerana pam petrol hanya mengukur jumlah isipadu bahan bakar – dan tidak ketumpatannya – secara teknikalnya anda akan mendapatkan lebih banyak petrol sekiranya anda mengisi petrol di pagi hari yang sejuk berbanding semasa suhu panas di waktu tengahari seterusnya membolehkan kereta anda bergerak pada jarak yang lebih jauh.

2. Periksa tekanan tayar kereta anda agar ianya sentiasa berada pada tekanan yang sesuai mengikut jenis tayar yang anda gunakan (pastikan anda membeli alat pengukur tekanan udara tayar berkualiti untuk anda sendiri ). Keadaan tayar yang KURANG ANGIN akan mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 2% untuk setiap psi di bawah tekanan sebenar. Situasi tayar KURANG ANGIN juga menyebabkan jangka hayat tayar kereta lebih pendek.

3. Perlahankan kenderaan dan pandu mengikut had laju juga membantu menjimatkan pengunaan petrol. Kenderaan yang dipandu pada kelajuan 110km/jam akan menggunakan 20% ekstra petrol berbanding dengan kelajuan optima 90-100 km/jam.

4. Elakkan penggunaan pendingin udara jika boleh. Pendingin hawa mengurangkan ekonomi bahan bakar sebanyak 10% – 20%. Gunakan sistem pengudaraan hawa sebagai gantinya.

5. Jangan memandu dengan cermin terbuka ketika berada pada kelajuan tinggi. Membuka cermin kenderaan  di lebuh raya dapat mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 10%. Lebih baik sekiranya anda menggunakan sistem pengudaraan yang ada pada kenderaan anda.

6. Kurangkan bebanan pada kereta anda. Pecat rak barangan dan barang-barang lain yang tidak perlu yang boleh membuat kereta anda kurang aerodinamik. Membiarkan mereka hanya menambah bebanan pada kereta anda dan ini menjadikan kereta anda kurang cekap bahan bakar dan kos kepada anda.

7. Jangan biarkan kereta anda idle (enjin hidup tanpa bergerak) pada satu masa yang lama walau pun dalam keadaan suhu sejuk (seelok-eloknya tidak melebihi 2 minit). Membiarkannya idle menyebabkan anda menggunakan lebih petrol. Kenderaan moden dan terkini biasanya tidak memerlukan anda menghidupkan enjin untuk idle sebelum bergerak.

8. Adalah lebih ekonomik dan efisien sekiranya anda mematikan enjin kereta anda dan hidupkan kembali daripada membiarkannya idle selama lebih dari 2 minit ketika anda menunggu atau berada dalam trafik jam.

9. Buangkan barangan yang tidak diperlukan yang hanya menambah berat kepada kereta anda. Ramai orang menggunakan ruangan boot sebagai storan kepada barangan mereka walhal kadang-kadang barangan tersebut sebenarnya tidak perlu berada di situ. Berat yang berlebihan akan mengurangkan ketidakcekapan pengunaan petrol pada kereta. Setiap berat 45kg ekstra akan menggunakan bahan bakar sebanyak 1%.

10. Untuk kebanyakan kereta, menggunakan petrol beroktana tinggi hanyalah membazir wang. Gunakan petrol beroktana rendah jika kereta tidak mempunyai masalah menggunakannya. Perlu diingatkan pengukuran tingginya oktana dalam sesuatu jenis petrol sebenarnya berfungsi untuk mencetuskan bahan bakar itu sendiri dan bukannya dari segi kualiti petrol. Sekiranya enjin kereta anda knocking atau bergetar ketika menggunakan petrol beroktana rendah, tukarkan kepada petrol beroktana yang lebih tinggi.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*