Petua Istimewa Untuk Wanita

Petua dan panduan ini dikhususkan untuk semua wanita. Jika ianya sesuai dan bermanfaat, gunakan sebaik mungkin dan jika dirasakan ianya tidak menepati seperti yang dicadangkan, sila abaikan sahaja. Namun rasanya tidak salah jika mencuba.

Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai samada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau ait paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah menahan dari hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang.
Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit di kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jinak setelah berkahwin nanti.

Dipetik dari: http://www.bharian.com.my

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*