10 Tip Kurangkan Penggunaan “Shared Server Resources” Blog Anda

Okay, semalam blog PanduanPercuma.info buat pertama kali setelah berpindah ke hosting baru menghadapi sedikit masalah. Masalahnya mudah. Penggunaan CPU Resources di shared server pada syarikat hosting telah melebihi limit yang dibenarkan. Saya pun baru perasan, selama ni saya memang menghadapi masaalah yang sama masa hosting kat server di Malaysia, sehinggakan akaun saya diberhentikan dengan serta merta tanpa notis. Bila saya tanya, pihak hosting Malaysia kata Blog saya pakai CPU resource yang banyak. Jadi, saya kata saya taklah pakai banyak sangat plugin pada WordPress dan pengunjung pun taklah ramai sangat – iaitu lebih kurang 500 orang sehari.

 

Jadi sejak saya berpindah hosting ni, dah lebih 4 bulan tanpa sebarang masaalah dan downtime, inilah kali pertama saya hadapi masalah CPU Resources Exceeds Limit..itu pun sekejap-sekejap, bila CPU usage tu turun pada kadar 50% ke bawah, blog boleh diakses kembali, tidak seperti dengan hosting lama yang terus “STOP” akaun saya. Cek punya cek, rupa-rupanya ini pertama kali blog ni menerima pengunjung lebih drp 5000 orang dalam sehari. WOW!! Terkejut sakan saya. Ini mungkin penangan artikel “Kelebihan dan Keistimewaan Bulan Syaaban” yang menerima “peak” bacaan semalam melebihi 10,000 kali, pada pada tanggal nisfu Syaaban. Tambahan pula, saya rasa sejak Pagerank blog ni naik kepada 3, kadar pengunjung yang datang naik mendadak, terutama daripada Google search engine. Secara purata blog ni sekarang menerima pengunjung 2000 -3000 pengunjung unik sehari dengan purata online setiap jam  > 100 org.

Jumlah pengunjung PanduanPercuma.info semalam

Jadi semalam saya duk fikir macamana nak “optimize” blog saya agar guna less server resources. Terpaksalah guna khidmat Uncle Google, dan ada banyak juga entri yang membuat saranan bagaimana nak optimize blog kita terutama apabila menerima kunjungan pengunjung yang tinggi dalam se hari seperti melebihi 4000 pengunjung unik. Antara saranan yang dicadangkan ialah:

  1. Kurang penggunaan plugin dalam WordPress – seboleh-bolehnya guna plugin yang perlu sahaja. Jangan terlalu inginkan terlalu banyak aplikasi pada blog kita.
  2. Jangan guna plugin yang dikatakan “resources intensive” seperti plugin “Related post” dan plugin yang membuat “query” yang banyak pada database SQL seperti plugin statistik dan seumpamanya.
  3. Padamkan plugin-plugin yang tidak aktif pada WordPress. Jangan biarkan ianya berada bersama sistem WordPress jika tidak digunakan.
  4. Optimizekan script pada blog seperti Javascript/PHP dan CSS. Jika perlu, gunakan HTML code yang bersifat statik dan tidak menggunakan SSI (server side instruction).
  5. Jangan guna secara berlebihan kod-kod html/Javascript luaran seperti kod yang diletakkan pada sidebar widget dalam blog.
  6. Kurang iklan-iklan yang bersifat “animated” dengan pautan yang terletak pada blog-blog lain kerana ianya akan menggunakan server resources host blog kita.
  7. Jika blog banyak menggunakan imej/gambar, letakkannya secara berasingan off server seperti di server-server imej yang percuma seperti di postimg.org, imageshack.us, tinypic.com, photobucket.com dan lain-lain sempamanya.Jika anda perlu guna image pada server anda, pastikan imej tersebut dioptimize dengan menggunakan software Photoshop dan seumpamanya untuk mendapatkan saiz fail imej yang kecil (biasanya format jpg)
  8. Gunakan plugin Caching sepertiHyperCache,WP Super Cache,W3 Total Cache dan seumpamanya untuk mempercepat prosesloading, seterusnya mengurangkan penggunaan CPUresources.
  9. Pastikan imej atau fail-fail anda dihalang daripadadihotlink (hotlinking) oleh laman-laman web yang lain kerana ianya akan menggunakan cpu resources dan bandwidth server anda.
  10. Gunakan plugin untuk mengoptimize database sql anda seperti WP Optimize. Ianya mampu mempastikan database anda akan sentiasa “bersih” dengan memadamkan “post revisions”, komen spam dan “extra database entry” yang tidak terpadam semasa memadam plugin dan sebagainya.

Itulah antara 10 tip yang sempat saya faham daripada pembacaan saya semalam. Jika ada sifu-sifu blogger yang mahir dengan masaalah ini, boleh bagi ekstra tip yang boleh dimanfaat bersama di sini. Saya dapati Host tempat blog saya amat reliable dan responsif. Sesiapa yang berminat nak cuba host ini boleh klik pada pautan iklan hosting di atas!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*