21 Tips Menghalang Kecurian

kecurian rumah

Jika anda seseorang yang sentiasa meninggalkan rumah anda disebabkan urusan kerja atau sebagainya, anda mungkin berhadapan dengan risiko berlakunya kecurian terhadap harta benda di rumah anda. Di samping bertawakkal dan berserah kepada Allah SWT, kita juga disaran mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Oleh yang demikian, berikut adalah tips-tips berguna yang disarankan oleh bijakpandai untuk mengelak dan menghalang kecurian daripada berlaku kepada rumah kesayangan anda. 21 Tips ini mungkin dapat menghalang kecurian:

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri.
Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan.

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di
dapur sebelum tidur. (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang
dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri
bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di luar rumah
terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah
untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka
di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes
terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas
(jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk
bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju
(Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga
tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri
(Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect
pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing
di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka
(Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali
kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke
rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil
barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda
kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau
pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun
sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda.

Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda
terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis,
bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan
dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut.

Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di
rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang
secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau
pergi bercuti.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box.
Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan
rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat
rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta
anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering
sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya
melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu
biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil
kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku
kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball
di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang
ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang
pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…).
Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru,
mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Jangan berkawan dengan Orang Indon atau Bangla.
Haha… kalau maid sendiri orang Indon cam ner?

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*