Mutiara Kata Cina Yang Perlu Direnungi

Setiap bangsa di dunia ini pasti mempunyai mutiara kata atau kata-kata hikmat mahu pun pepatah dan peribahasa masing-masing. Ini tidak terkecuali seperti pepatah Melayu, Arab termasuk juga kata-kata hikmah daripada orang Cina. Di sini saya ingin senaraikan 10 kata-kata hikmah atau mutiara kata Orang Cina yang boleh dijadi amalan dan panduan hidup harian kita.

Zhi de chong bai de 10 da hao xi guan:
10 kebiasaan yg harus dibanggakan:

1. Mei bing ye yao ding qi ti yan
Walau tidak sakit harus sentiasa  periksa keadaan diri secara teratur

2. Bu ke ye dei duo he wen shui.
Walau tidak haus harus banyak minum air

3. Yu shi nan jie ye dei xiang tong.
Walau ketemu masalah yang sukar tetap harus dirungkaikan dan diselesaikan

4. Mei you xi shi ye yao kuai le
Walau tidak ada hal menyenangkan harus tetap bahagia.

5. You li ye yao rang ren san fen.
Walau kita berada di pihak yg benar, terkadang tetap kita perlu mengalah

6. You quan ye yao di diao zuo ren.
Walau memiliki kekuasaan tetap harus berkepribadian luhur

7. Bu jue pi lao ye dei xiu xi
Walau tidak merasa lelah harus tetap beristirehat.

8. Sheng huo fu yu ye yao zhi zu.
Walau sudah kaya harus tetap dapat membatasi diri

9. Zai mang ye yao zhong shi duan lian.
Walau sibuk sekali harus tetap mementingkan riadah dan sukan

10. Mei shi ye yao hu xiang guan ai.
Walau tak terjadi apaČ harus tetap saling menyayangi

Sama-samalah kita merenungi dan menghayati erti dan maksud tersirat disebalik kata-kata hikmah ini. Semoga ianya boleh dijadikan teladan dalam hidup kita seharian.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*