Cara Atasi Masalah Sakit Kepala

Anda pernah mengalami sakit kepala? Sudah tentu, yang pasti apabila kita menghadapi masalah sakit kepala, kita akan terus mengambil ubat untuk melegakankannya. Namun, tahukah anda bahawa anda sebenarnya tidak perlu mengambil ubat untuk melegakannya. Berikut adalah antara kaedah-kaedah yang pasti mampu meredakan sakit kepala anda tanpa mengambil sebrang ubat-ubatan.

 

1. Akupuntur
Teknik cucuk jarum ini diakui boleh meredakan sakit kepala. Jarum-jarumnya ditusukkan pada bahagian yang sakit, biasanya seperti leher, dahi, dan pipi. Bagi anda yang takut jarum tidak perlu bimbang kerana jarumnya sangat kecil sehingga kemungkinan tak bakal boleh dirasakan. Rawatan ini boleh membuat pesakit merasakan rileks. Biasanya hasil maksimum boleh dirasakan selama beberapa bulan hingga setahun.

2. Seks
Berapa kali anda menolak ajakan mesra pasangan kerana sedang menderita sakit kepala?! Jika sering, maka sekarang anda perlu mengubah keputusan itu, apatah lagi jika anda ingin segera sembuh dari masalah sakit kepala tersebut.

Seks boleh melepaskan rasa sakit yang menghentam kepala seseorang. “Sebab endorpin dan hormon pereda rasa sakit lain turut dilepaskan selama orgasme, sehingga boleh membuat seseorang merasa rileks dan lebih tenang,” ujar Traci. Meskipun begitu, kesan rawatan dengan cara ini memang sebentar saja. Jika anda sering mengalami sakit kepala dan memerlukan rawatan secara berkala, maka olah raga merupakan caranya. “Apabila anda aktif bergerak, anda meningkatkan stamina, mengurangkan stres, dan boleh tidur lebih nyenyak,” ujar Jan Brandes, MD, pembantu profesor di klinik saraf Universiti Vanderbilt.

“Semakin keras latihannya, contohnya seperti jogging, jalan cepat, berenang, maka semakin hilang rasa sakit yang timbul akibat tegangan di kepala. Namun, jika anda mengalami migrain, latihan keras macam ini hanya akan memburukkan keadaan, jadi kenali baik-baik jenis sakit kepala anda.

3. Minum Air
Ini satu lagi alasan mengapa anda digalakkan minum 8 gelas sehari. Dehidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar timbulnya sakit kepala. “Saat tubuh tidak mendapat cukup air, maka tubuh mula menyimpan cecair yang sedia ada dan memberi isyarat ‘kehausan’, di antaranya lewat sakit kepala atau migrain,” ujar Tracy. Berita baiknya adalah dengan minum, anda boleh merasa sedikit lebih baik. Jadi, agar keadaan tubuh tetap seimbang dan terjaga, maka minumlah 8-10 gelas air setiap hari. Namun, jangan berlebihan juga, kerana cecair berlebihan dalam badan boleh mengurangkan kadar elektrolit dan sodium dalam badan.

4. Makanan ringan
Anda baru pulang dari pejabat, dan kepala anda terasa seperti habis ditinju. Anda baru sedar bahawa sudah berjam-jam lamanya anda tidak mengisi perut hari itu. Saat tubuh tidak mendapat masukkan makanan, tahap gula darah menjadi labil, sehingga menyebabkan timbulnya sakit kepala. Ini merupakan cara tubuh untuk mengatakan, “Berikan aku makan. Aku kelaparan!”  Ambillah makanan kecil seperti epal, misalnya, untuk meredakan sakit kepala dan membawa tingkat gula darah anda kembali normal. Tolak godaan untuk memakan gula-gula, kerana kandungan gulanya boleh menaikkan kandungan paras gula dalam badan.

5. Kafein
Selain boleh membuat mata ngantuk agar tetap celik, ternyata kopi mempunyai kelebihan lain, iaitu kandungan kafeinnya boleh mengawal rasa sakit kepala. Selain itu, kafein juga boleh memudahkan penyerapan ubat migrain. Tak hanya itu, kafein juga mampu mengekang serangan sakit kepala dengan menarik / mengerutkan pembuluh darah. Namun, meski begitu, bagi beberapa orang, kafein justeru malah boleh menimbulkan sakit kepala. Jadi pengambilan perlu dengan hati-hati.

6. Tidur
Memperolehi tidur yang mencukupi mampu meringankan malah menghilangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda seorang yang sibuk, pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap hari. Bagaimana pun juga, tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh menimbulkan sakit kepala.

Tubuh manusia memerlukan masa sekurang-kurangnya 7 jam untuk mengisi semula hingga kembali segar, dan sakit kepala pun boleh hilang kerananya. Cubalah untuk tidur dan bangun pada masa yang sama tiap hari.

7. Menulis
Anda boleh menuangkan segala beban fikiran melalui tulisan. Terlalu banyak berfikir boleh membuat kepala menjadi sakit, sehingga dengan menuangkan beban tersebut dalam sebuah kertas dipercayai boleh membuat beban di kepala menjadi enteng. Bagi anda yang sering mengalami gangguan sakit kepala tak tertahankan, maka ada baiknya jika anda akan memeriksakan diri ke doktor.

*

*


× seven = 49

 

[corner-ad id=1]
Top
This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
coklatputih.jpg
Manfaat Coklat Kepada Kesihatan
Manfaat Coklat Kepada Kesihatan

Coklat dengan kandungan kakao atau koko (biji coklat) yang lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan...

Close