Bagaimana Belajar Daripada Kegagalan

belajar daripada kegagalan

Tajuk di atas mungkin sudah ditulis ribuan kali oleh banyak penulis di dunia ini. Saya akan cuba untuk bermain logik dengan pemahaman. Jika dirujuk, kegagalan boleh ditakrifkan sebagai  (1) tidak berjaya, tidak tercapai (maksudnya). Sehingga jika saya bermula dari ertikata tersebut, maka kegagalan itu sesungguhnya berasal dari diri peribadi. Seseorang mempunyai maksud dan keinginan yang hendak dicapai. Ketika maksud tersebut tidak tercapai, maka seseorang dikatakan mencapai fasa ‘kegagalan’.

Semua bergantung diri sendiri

Kita boleh jatuh bebas dan belajar mengenai banyak perkara. Atau, kita dapat sedikit belajar dari sebuah kegiatan yang dilakukan dan tidak sesuai dengan keinginan, mengubah hal tersebut menjadi sebahagian daripada penerimaan peribadi.

Kita juga secara sederhana belajar untuk tidak mengulang sesuatu yang kita pandang sebagai kegagalan. Akan tetapi jika konsep yang dimiliki diri sendiri sudah negatif, maka sebenarnya kita sudah menanamkan sikap menghindar dan membenci akan kegagalan yang sudah diraih. Bahkan seseorang akan berhenti melakukan kegiatan yang dia sukai kerana merasa gagal. Semua ini hanya kerana penanaman persepsi yang salah akan kegagalan.

Bagaimana berfikir kritis

Manusia memang makhluk yang dipenuhi dengan emosi. Ketika emosi telah menyelimuti pola pikir, sangat sukar rasanya untuk mengajak berfikir logik. Itulah sebabnya berfikir kritis hanya boleh dilakukan jika kita mampu mengawal keadaan emosi.

Jika kita cuba untuk berfikir kritis untuk menentukan faktor bahagian mana yang menjadi kunci kenapa semua tidak berjalan sesuai keinginan maka hal tersebut dapat menghindarkan daripada akibat negatif ke peribadi dari sebuah kegagalan.

Kadang-kadang sesuatu tidak berjalan baik kerana kita lupa untuk melakukan penilaian dari kemungkinan berjaya dari sebuah aktiviti sebelum kita memulakannya. Mungkin, sejak awal kita tidak merencanakannya secara baik. Ketergesaan dan keteledoran boleh membawa kepada kesan yang menjadi faktor penentu antara hasil yang diharapkandengan hasil yang sebenarnya berlaku. Jika kita menyalahkan diri sendiri selepas itu, tanpa melakukan penilaian, maka besar kemungkinan masalah perasaan selalu gagal itu akan masuk ke dalam peribadi.

Sebagai contoh, dua orang sahabat menyukai pasukan bola sepak. Sebuah pertandingan derby akan berlangsung antara Barcelona dan Real Madrid. Seorang fans berat akan selalu membela pasukan mereka, walaupun secara logik mereka tahu bahawa kapasiti pasukan tersebut tidak mencukupi. Ketika seorang peminat Real Madrid ingin menanamkan pemahaman kepada fans Barcelona bahawa pasukan mereka lebih baik, dan Barca busuk, maka hal ini tidak akan berjalan baik. Kenapa? Pertama, pemintat fanatik Real Madrid memulakan perbualan dengan salah dengan mengungkap busuknya Barcelona.

Tetapi, jika kita mengubah perbualan tersebut menjadi sebuah perbincangan dengan membincangkan kelemahan dan kekuatan masing-masing pasukan, peringkat kejayaan seorang peminat Barca berpindah menjadi Real Madrid akan lebih baik.

Kata-kata adalah kekuatan dan boleh digunakan untuk mempengaruhi orang lain. Lidah lebih tajam daripada pisau, mereka kata. Seseorang boleh secara emosional terluka kerana perbincangan yang berjalan tidak baik. Bergantung bagaimana keadaan perbualan, seseorang boleh merasa gagal ketika di akhir hujah dia merasa tidak menang.

Kenali battle zone

Kenali diri sendiri sebelum melakukan aktiviti yang mempunyai kemungkinan menang atau kalah. Bukan bererti lalu kita harus tidak mengambil kesempatan atau peluang, akan tetapi lebih kepada memahami di mana kedudukan kita, sehingga ketika kemungkinan terburuk berlaku, perasaan negatif tentang kegagalan tidak menjadi persepsi peribadi kita.

Jika kita memutuskan untuk menentukan bahawa sebab kegagalan tersebut adalah diri sendiri, maka kita benar-benar memerlukan masa untuk melakukan penilaian apakah ini benar atau tidak.

Sebagai gambaran, ketika bertemu secara biasa dengan penyelia dan kita memilih waktu petang hari, kita mungkin akan menganggap bahawa muka masam dari supervisor tersebut adalah kerana kesalahan kita di dalam kajian. Kita mungkin akan segera menginternalisasi hal tersebut dan berfikir bahawa apa-apa yang kita lakukan akan salah. Akhirnya kita akan berbalik secara negatif menjadi berburuk sangka pada supervisor dan bahkan membencinya.

Padahal kemungkinan besar kerana petang hari, supervisor sudah terlalu lelah untuk mencerna semua penjelasan kita mengenai pekerjaan sehingga dia bermuka masam. Analisis dan analisis adalah dua aktiviti yang harus terus dilakukan ketika kita merasa berada di dalam kegagalan.

Kegagalan terbesar

Thomas Alfa Edison gagal 2000 kali dalam eksperimennya dan dia tetap menyumbangkan kepada umat manusia bola lampu pijar yang sekarang digunakan di seluruh dunia. Melalui 2000 kegagalan, Edison belajar dan mencari 2000 cara untuk TIDAK menciptakan bola lampu.

Albert Einstein gagal dalam pelajaran Matematik ketika kuliah. Dan, dia memberikan kita Teori Relativiti dan banyak konsep matematik, fizik bahkan falsafah yang masih diabadikan hingga ke hari ini.

Kegagalan boleh memberikan kita kecenderungan untuk berusaha lebih keras mencapai kejayaan dan berfikir kritis. Kegagalan boleh membantu kita menjadi pemecah masalah yang boleh dipercayai.

Saya gagal menulis tulisan ini dalam 1 laman (tujuan awal saya), akan tetapi saya kira saya malah berkongsi lebih banyak.

Sumber terjemahan:

http://hubpages.com/hub/What-We-Learn-From-Failure

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*