Bercakap Kasar Kepada Anak-anak Menurunkan IQ Mereka

Dalam kehidupan sehari-hari, orang tua sebagai manusia kadang-kadang lupa mengawal emosi. Berbagai masalah yang dihadapi dan belum lagi energi yang habis ketika mengurus rumah tangga seringkali membuat orang tua lupa mengawal diri.

kekerasan terhadap anak

Pukulan ringan atau kekerasan kerap terjadi ketika orang tua emosional. Walau begitu, tidak sedikit orang tua yang langsung merasa menyesal ketika telah melakukannya.

 

Universiti Tulane, Los Angeles melakukan penelitian terhadap kekerasan anak. Hasilnya, anak berusia tiga tahun yang sering mendapatkan kekerasan secara fizikal dari orang tua, cenderung bersikap lebih agresif ketika berusia lima tahun. Makin sering kekerasan yang diterimanaya, makin agresif pula perilakunya.

 

Studi lain yang dilakukan oleh Universiti Duke, North Carolina menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami kesan kekerasan berterusan memiliki ‘Intelligence Quotient’ atau IQ yang rendah. Kekerasan terhadap bayi ketika masih berumur satu tahun, akan membuat anak tersebut mempunyai nilai kognitif yang lebih rendah saat mereka di usia tiga tahun dibandingkan dengan bayi yang tidak mendapatkan kekerasan dari orang tuanya.

 

Tapi khilaf memang tidak mampu dielakkan. Jika telah terlanjur melakukan kekerasan, maka orang tua boleh meminta maaf kepada si anak.

 

“Jika pemukulan terjadi secara spontan, orang tua harus menjelaskan secara spesifik dan dengan lembut mengapa mereka melakukan perkara tersebut. Mereka juga harus meminta maaf kepada anak mereka kerana telah kehilangan kawalan,” menurut American Academy of Pediatrics, seperti yang dikutip dari sheknows. (sydh/dtc)

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*