Kerja Di Taman Haiwan

cartoon_gorillaSuatu hari seorang pelawak yang kehilangan pekerjaan telah melawat se buah taman haiwan berhampiran dalam usaha untuk mencari wang sebagai penghibur jalanan. Di luar taman haiwan berkenaan, beliau mula melakukan aksi-aksi lawak menarik yang menyebabkan ramai pengunjung taman haiwan tersebut mengerumininya. Melihat perbuatan pelawak tersebut telah mengganggu perhatian orang ramai yang mengunjungi taman haiwan berkenaan, seorang penjaga taman haiwan telah menangkapnya dan mengheretnya ke pejabat taman haiwan tersebut. Penjaga taman haiwan tersebut menjelaskan kepada pelawak itu bahawa haiwan tarikan paling popular di situ, iaitu gorila, telah mati secara tiba-tiba dan penjaga itu ketakutan kehadiran pengunjung ke taman haiwan akan berkurangan.

Ia menawarkan pelawak itu bekerja sebagai gorila dengan memakai pakaian menyerupai seekor gorila buat sementara waktu sehingga mereka mendapatkan gorila gantian yang baru. Pelawak itu bersetuju dan menerima kerja tersebut memandangkan beliau tiada pekerjaan.

Maka setiap pagi pelawak tersebut memakai pakaian gorila dan memasuki kandang sebelum kehadiran orang ramai ke taman haiwan tersebut. Beliau mendapati bahawa pekerjaan itu agak senang dan hebat. Dia boleh tidur sepanjang hari jika dia mahu, bermain dan mengolok-olok orang ramai dan dari sehari ke sehari, beliau berjaya menarik semakin ramai khalayak orang. Beliau begitu gembira kerana dapat menghiburkan penonton yang datang ke taman haiwan berkenaan.

Pada suatu hari, ketika beliau asyik  melakukan aksi gorila, beliau mendapati orang ramai lebih menumpukan perhatian kepada sebuah kandang yang baru diletakkan bersebelahan dengan kandang beliau. Orang ramai seolah-olah begitu khusuk melihat seekor singa yang terdapat dalam kandang tersebut. Beliau mula menyedari semakin hari orang ramai mula mengubah tunpuan mereka kepada singa tersebut. Akhirnya untuk menarik perhatian khalayak ramai semula kepadanya, beliau mula melakukan aksi dengan memanjat kandang singa sambil membuat mimik muka kepada singa itu. Orang ramai amat tertarik dengan aksi tersebut. Aksinya itu membuat singa itu marah, tapi orang ramai amat menyukainya.

Pada akhir hari penjaga taman haiwan tersebut datang dan memberikan pelawak itu kenaikan gaji kerana menjadi daya tarikan yang baik. Ini berlangsung selama beberapa ketika, gorila itu terus mengejek singa, dan orang ramai bertumpu kepadanya, dan gajinya terus naik. Kemudian pada suatu hari yang mengerikan ketika dia menjuntai di atas kandang singa ia tersilap langkah dan terjatuh ke dalam kandang singa. Pelawak itu sunguh ketakutan.

Pelawak itu begitu takut melihat singa menuju kapadanya dengan muka yang marah, dan bersiap untuk menerkam. Ia (pelawak) mula melarikan diri berpusing-pusing di dalam kandang sambil dikejar oleh singa. Akhirnya pelawak itu berteriak, “Tolong aku, tolong aku!”, Tapi singa itu dengan pantas menyambarnya. Pelawak itu mendapati dirinya telentang menatap muka singa yang marah itu dan tiba-tiba singa itu berkata, “Diam tolol! Adakah anda ingin mendapatkan kita berdua dipecat?”

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*