2 Kisah Suami Isteri

suami-isteri sayangSebagai mengisi slot rehat minda, di sini saya ingin paparkan 2 kisah menarik mengenai kisah suami isteri yang terdapat di kebanyakan blog-blog lawak di Malaysia. Mungkin ianya boleh dijadikan bahan ringan untuk merehatkan minda anda dan mungkin juga ianya boleh idjadikan iktibar untuk kita semua. Berikut adalah kedua-dua cerita tersebut.

KISAH 1: SUAMI TERBAIK UNTUK ISTERI

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . ”

“Hello?”

“Abang, nie sayang nie,”

“Emmm… ”

“Abang masih ada di kelab lagi ke?”

“Iya.”

“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”

“Berapa harganya?”

“Cuma $1500.00 aje”

“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”

“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu ”

“Berapa harga yang dia bagi?”

“Cuma $280,000 …”

“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”

“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”

“Apa?”

“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . ”

” Berapa harga yang mereka minta?”

” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”

“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”

“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”

“Bye… I Love you too…”

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “

KISAH 2: KENANGAN SILAM SUAMI ISTERI

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di atas katil…… sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu….

Si isteri bersuara, “Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.” Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu….abang selalu cium saya.” Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….” Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, “Abang nak gi maner tu?” Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi …”

HAHAHAHHA………………….

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*