Uji Minda – Siapa Yang Buat?
Saya teringat soalan ini masa mengikuti kelas Biologi masa kat sekolah menengah dulu. Cikgu Bio yang kemukakan soalan ini dan tiada seorang pelajar pun mampu jawab pada ketika itu. Jadi, saya ingin kongsi soalan ini dengan anda semua, harap-harap ada yang tahu jawapannya. Jawapannya bukanlah susah sangat, cuma gunakan sedikit ilmi biologi dan sedikit common sense harian. Okay, soalannya berbunyi begini:
Pada zaman dahulu, ada seorang Raja yang amat adil kepada rakyatnya. Baginda tidak akan menghukum seseorang tanpa penjelasan yang sahih dan keadilan yang benar.
Nak dijadikan cerita, pada suatu malam, di pintu depan istana baginda, keadaan angin agak kuat bertiup. Ada 2 orang pengawal istana yang mengawal pintu masuk istana. Salah seorang pengawal istana itu adalah wanita, manakala sorang lagi tu lelaki. Dalam keadaan angin yang agak kuat bertiup, tiba-tiba pelita yang berada di dinding pintu istana mati. Keadaan menjadi gelap gelita. Tiba-tiba salah seorang pengawal tersebut, terasa sakit perut teramat sangat dan ingin membuang air besar. Menyedari rakan pengawal yang seorang lagi tu tertidur, ditambah pula keadaan yang terlalu gelap dan sudah tidak dapat bertahan lagi, maka si pengawal ini menggunakan peluang yang ada untuk membuang buang air besar betul-betul di depan pintu istana tersebut.
Nak dijadikan cerita, keesokan Raja mahu keluar istana untuk pergi berburu dan baginda begitu terkejut dan murka apabila mendapati ada setompok najis manusia berada betul-betul di depan pintu istana. Baginda bertanya kepada ke dua-dua pengawal tersebut, namun ke dua-dua mereka mengatakan tidak tahu siapa yang punya angkara.
Lalu baginda memerintahkan agak perkara tersebut dihebahkan kepada semua rakyat jelata, dan baginda ingin sesiapa saja samada tok pawang, ahli nujum dan sebagainya yang mampu menjelaskan kepada baginda siapa yang bertanggungjawab. Baginda akan mengurniakan hadiah 1 uncang emas kepada sesiapa saja yang mempu memberi penjelasan logik akan siapa yang telah berbuat demikian. Maka ramailah orang-orang bijak pandai, tok2 pawang, ahli nujum datang cuba menyelesaikan masalah tersebut, namun tiada satu pun yang dapat MEMUASKAN HATI baginda apabila mendengar penjelasan mereka kerana baginda mahukan jawapan yang BETUL-BETUL LOGIK dan MUNASABAH kerana ingin berlaku adil kepada rakyatnya.
Tiba-tiba dalam banyak yang hadir tu, ada seorang pemuda datang menghadap baginda raja. Beliau menjelaskan bahawa perbuatan itu adalah perbuatan yang dilakukan oleh seorang wanita dan mengatakan bahawa PESALAH tersebut adalah PENGAWAL WANITA yang bertugas di situ pada malam itu. Setelah mendengar penjelasan yang diberikan, baginda akhir BERPUAS HATI dan SETUJU dengan jawapan si pemuda tadi. Baginda kemudian mengarahkan PENGAWAL WANITA tersebut mengadap baginda dan akhirnya pengawal tersebut mengaku berbuat demikian. Pokoknya, bagaimana si pemuda tadi itu tahu yang PENGAWAL PEREMPUAN itu yang bersalah?
Jadi KENAPA dan MENGAPA pemuda itu berjaya menjelaskan pada raja yang pengawal wanita itu bersalah? Cuba jelaskan jawapannya…
Filed Under: Rehat Minda


















pompuan lebih penakut berbanding lelaki
bebulan2 dok pikir….surrender arr tokjogho..per jawapannyer
Ok. Sapa2 yang ingin tahu jawapannya, sila kemukakan jawapan anda dulu dan jgn lupa tinggalkan emel yang betul kat sini. Nanti saya emelkan jawapannya.
Selamat mencuba!
untuk tahu lelaki or perempuan…perlu tgk jarak air kencing dgn najis tersebut..jika jaraknya jauh maka lelaki..tp jika jarak dekat…perempuan…betulkan tokjohgo
Idea tu dah nak betul tp part bio tu kena tepat sikit sbb laki pun kdg2 tu dekat jugak, x jauh sangat.
pompuan buang air besar tidak sekali dengan air kecik…tp lelaki sekaligus….n satu lg org kata najis pompuan lg busuk berbanding lelaki hehehehehe
Juanz, jawapan soalan saya dah emel. Check emel awak!
sbb pengawal wanita tu rabun..huhu..
salam zura,
jawapan memang mudah tp kena relate dgn sedikit ilmu biologi dan fakta lelaki dan perempuan. baru boleh jawapan yg tepat dan logik…he2…ada idea lg?
tokjogho btaw la jwpn tu…pening ni pk
OK! Jawapannya pengawal si perempuan yang buat. Alasannya, terdapat sistem biologi harian diri kita masa kita buang air besar/kecil. Cukup fikir sekejap, pasti dapat tahu kenapa?.
Jika kita perasan, secara biologi, kalau kita tersangatlah nak buang air besar, bila kita masuk tandas – kita akan secara automatik akan buang air besar dulu, sebelum keluar air kecil. (kalau buang air kecil dulu, lepas tu baru air besar, maksudnya kita tidaklah rasa nak buang air besar sangat), Biasanya setelah kita buang air besar, secara terus kita akan buang air kecil dgn banyak dan sudah tentu faham dgn kedudukan pancuran air kecil tersebut berbeza antara laki2 dgn perempuan.
Najis tu akan terdapat kesan terkena air kecil yang banyak (jika perempuan) dan jika lelaki (kesannya amat sedikit sekali – faham2 lah). Disebabkan kesan tu amat banyak terhadap najis tu menyebabkan si pemuda ni memberi alasan sedemikian kepada raja.
adeyh, lelaki buang nahjis sekali buang air kencing ke?? takde la! boleh control la..
Check Out My New Entry About Freemason! Star of David!
jawapannya ialah memang wanita tunyg berak ..dia tu penakut, sebab tu berak kat dekat je