Datuk Seri Sanni Velli dan Bahasa Isyarat!

sanniSetelah sekian lama menjadi menteri di Jabatan Kerja Rakyat, Menteri yang tersohor Datuk Sanni Velli berpeluang melihat keadaan pembangunan di India. Dia bersama-sama berberapa anggota ahli kabinet melawat India bagi mewakili Malaysia meninjau potensi bisnes yang boleh Malaysia kongsi bersama India. Beliau dikehendakki menghantar laporan kepada Perdana Menteri tentang prospek yang ada di sana.

Malangnya setelah seminggu di sana, beliau terjatuh daripada sebuah kereta lembu semasa melakukan tinjauan di satu kawasan luar bandar dan menyebabkan dagu beliau tercedera agak teruk sehinggakan beliau tidak boleh bercakap walau sepatah perkataan pun.

Pada hari terakhir kunjungan beliau di sana, krew RTM telah mengadakan sesi penerangan dan soaljawab dengan beliau tentang perkembangan yang telah beliau lalui. Disebabkan Datuk Sanni Velli tidak pandai menggunakan bahasa isyarat, beliau tidak dapat menerangkan tentang perkembangan beliau di India.

Namun, disebabkan semangat Datuk Seri yang begitu memuncak untuk melaporkan juga perkembangan lawatan beliau, beliau telah menggunakan apa saja situasi yang ada semasa siaran lansung RTM tersebut disiarkan di Malaysia. Walaupun tidak dapat bercakap, Datuk Sanni berkeras juga mahu menghantar mesej kepada ahli kabinet yang berkebetulan sedang bersidang dan menyaksikan siaran lansung tersebut.

Datuk Sanni Velli menangkap seekor ayam yang berada berhampiran beliau dan menunjukkan pada skrin TV, kemudian beliau mengheret seekor kambing dan menyuruh kemera man merakamkan visual kambing tersebut. Akhir sekali, beliau mengangkat sebuah beg  yang berkebetulan berisi beras di dalamnya untuk tatapan ahli kabinet di Malaysia. Semua krew TV RTM terpinga-pinga dengan tindakan Datuk Sanni Velli.

Ahli kabinet yang sedang bersidang cuba mentafsir apa yang ingin diberitahu oleh Datuk Seri Sanni Velli tadi. Menteri Pangangkutan, Datuk Seri Dr. Leng Leng Sek terlebih dahulu menyampuk dan mengatakan bahawa di India sekarang ada krisis makanan di mana tidak cukup daging ayam dan kambing dan mahukan rakyat Malaysia masing-masing menderma satu beg beras kepada kerajaan India untuk menampung masalah yang mereka hadapi. Keadaan dewan menjadi gamat dengan pendapat masing-masing dan kemudian senyap seketika. Tetiba ada seorang senator mengeluarkan pendapatnya …. NO LAH, It’s simple…..Apa yang Datuk Seri Sanni hendak katakan ialah “HE’S COMING BACK. Semua ahli kabinet tergamam dan meminta senator tersebut memberi penjelasan lanjut. Senator tersebut terus menjelaskan, “AYAM, KAMBING, BEG” tu “I’M COMING BACK” bila Datuk Seri Sanni bercakap! Semua ahli kabinet mengangguk-angguk tanda setuju…..

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*