Peraduan Uji Minda 1- Siapa Cepat Dia Dapat

uji minda andaPada entri kali ini, saya ingin menguji kepintaran anda semua dengan beberapa soalan uji minda yang saya kira agak menarik dan mungkin juga UNIK dan PINTAR. Kemampuan anda menjawab sebahagian atau SEMUA soalan amat-amat dialukan. Namun apa yang mungkin mampu menarik minat anda untuk menjawabnya ialah: SAYA INGIN JADIKAN ENTRI INI SEBAGAI SATU PERADUAN di mana sebanyak 4 pakej hadiah disediakan. 1 HADIAH UTAMA dan 3 hadiah saguhati kepada PEMENANG. Hadiah-hadiah tersebut adalah seperti berikut:


HADIAH UTAMA

  • 1 nama domain .info percuma berserta 1 pakej hosting percuma (1GB) selama 1 tahun.

HADIAH SAGU HATI (3 UNIT)

  • 3 nama domain .info percuma selama 1 tahun

akan dianugerahkan kepada sesiapa saja yang boleh menjawab dengan tepat soalan-soalan tersebut. PEMENANG AKAN DIPILIH DAN DIUMUMKAN BERDASARKAN KEPADA SIAPA YANG CEPAT JAWAB DENGAN TEPAT.

Sila baca syarat-syarat pertandingan di bahagian akhir entri ini!!


Sebanyak 6 soalan disediakan di mana anda perlu menjawab 5 soalan termasuk 1 SOALAN WAJIB. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Antara epal, ceri, anggur, pic dan pisang, yang manakah tidak boleh di kategorikan bersama?

2. Apa itu/dia di mana anda boleh mencarinya di dalam gelap tetapi tidak di dalam cerah, boleh dijumpai di waktu siang, tetapi tidak di waktu malam, walau pun berada di sebalik bayang, ia tetap nampak tanpa berselindung. Apa dia?

3. Seorang jurujual di sebuah kedai menjual burung-burung eksotik MENJAMIN yang burung nuri berwarna ungu yang dijualnya boleh bertutur apa saja yang didengarnya daripada tuannya. Tertarik dengan kecantikan burung nuri itu dan dengan semangat yang berkobar-kobar, seorang pembeli yang berada di situ terus membeli burung nuri tersebut tanpa banyak soalan. Dan apabila dia tiba di rumah, dia terus mengajar burung tersebut bertutur beberapa perkataan senang, namun tidak sepatah pun perkataan yang dapat dituturkan oleh burung nuri tersebut. Walau bagaimana pun apa yang diperkatakan oleh jurujual tadi adalah BENAR belaka. Bagaimana ini boleh berlaku?

4. Bila aku penuh, aku boleh tunjukkan arah, bila aku kosong aku tidak mampu bergerak, aku punya 2 kulit, 1 di dalam dan 1 di luar. Siapa aku?

(SOALAN DI BAWAH WAJIB DIJAWAB – PILIH SALAH SATU)

5. Apakah huruf seterusnya mengikut susunan abjad besar yang diberi:

  • A, B, C, E, J, O, T, ?
  • Z, Y, X, W, V, T, N, M, L, K, ?

6. Apa yang UNIK tentang susunan ke dua-dua nombor berikut:

  • 2460851937
  • 2468519037

SELAMAT MENCUBA!!

Syarat-syarat penyertaan:

  • Pengunjung laman PanduanPercuma.info MESTILAH BERDAFTAR dengan kami melalui pautan Daftar di laman PanduanPercuma.info ini.
  • Peserta mestilah log masuk terlebih dulu sebelum menghantar borang penyertaan melalui borang yang disediakan.
  • Jawapan MESTILAH TEPAT dan LOGIK! Jawapan yang KURANG TEPAT akan ditolak.
  • Borang penyertaan MESTILAH diserahkan sebelum TARIKH peraduan berakhir.
  • Jika ada 2 atau lebih keputusan yang TEPAT, hanya 1 PENYERTAAN TERAWAL yang TEPAT akan dikira PEMENANG HADIAH UTAMA. Selebihnya akan diberi HADIAH SAGU HATI (3 unit)
  • Jika TIADA PESERTA yang berjaya menjawab semua soalan (5 soalan) dengan TEPAT, hadiah saguhati akan dianugerahkan kepada 3 PESERTA TERAWAL yang berjaya menjawab 4 soalan dengan TEPAT.
  • Pengunjung yang tidak mahu menyertai Pertandingan ini boleh menjawab dengan menggunakan ruangan komentar yang disediakan. Namun, jawapan anda tidak akan dikomen oleh admin.
  • Peraduan akan berlansung selama 1 bulan dan TEMPOH TERAKHIR UNTUK MENJAWAB SOALAN IALAH PADA 28 HB. JAN 2010.

JIKA ANDA TELAH LOG MASUK, KLIK PADA LINK DI BAWAH UNTUK MENGHANTAR JAWAPAN ANDA!!

JAWAPAN SAYA IALAH…

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*