Peraduan Uji Minda 2 – Segalanya Matematik

uji minda matematikPada entri ini, saya akan mengemukakan 4 soalan matematik susah untuk dijawab oleh semua pengunjung PanduanPercuma.info – Saya menggalakkan penyertaan daripada semua orang termasuk guru-guru atau pakar matematik yang ada untuk menyelesaikan problem matematik yang unik dan rumit ini. Bagi menggalakkan penyertaan semua, saya akan sediakan 4 hadiah menarik untuk sesiapa yang berjaya menjawab soalan-soalan berikut dengan TEPAT.

1. Cuba fahami susunan nombor-nombor berikut. Apakah nombor yang akan berada pada baris seterusnya?

  • 1
  • 11
  • 21
  • 1211
  • 111221
  • 312211
  • 13112221

2. Penuhkan kotak-kotak di bawah dengan nombor digit 1-9, menggunakan setiap digit SATU KALI SAHAJA untuk membentuk operasi darab dengan jawapan yang TEPAT.

darab digit

3. Apa yang unik tentang susunan ke dua-dua nombor berikut:

2,460,851,937

2,468,519,037

4. Apakah nombor selepas nombor terakhir mengikut susunan berikut:

a) 7, 10, 77, 7007, 7010, ?

b) 3, 5, 9, 13, 15, 19, 23, 25, 29, 31, 32, ?

ANDA DIKEHENDAKKI MENJAWAB SEMUA SOALAN PADA UJI MINDA 2!!

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti yang dijelaskan pada entri Uji Minda 1 sebelum ini. Hadiah adalah seperti yang tercatat pada entri tersebut.

JIKA ANDA TELAH LOG MASUK, KLIK PADA LINK DI BAWAH UNTUK MENGHANTAR JAWAPAN ANDA!!

JAWAPAN SAYA IALAH…

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*