BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Kisah Manusia Hebat…

kedaikopi.jpg

Kisah ini berkisar di sebuah kedai kopi berhampiran dengan rumah Pak Ali. Pada suatu hari, Pak Ali memasuki kedai kopi tersebut, setelah penat bekerja di sawahnya yang berdekatan. Setibanya di kedai tersebut, beliau mendapati ada sekumpulan 3 lelaki dewasa (umur mungkin dalam jangkaun awal 40an) sedang bercakap-cakap dengan suara yang agak lantang dan bersungguh-sungguh di antara mereka.

Daripada cara dan gaya mereka bercakap, Pak Ali dapat rasakan yang mereka ini memang seseorang yang hebat. Salah seorang daripada mereka bangun dan memberitahu rakan mereka bahawa dia membina beberapa bangunan di kampung ini sebagai tanda kasih dan cinta beliau kepada kampung halaman sendiri. Walau pun beliau membina banyak bangunan tinggi yang canggih dan tersohor di luar negeri kelahiran beliau, beliau tidak sekali-sekali mahu mengabaikan negeri kelahirannya. Pada pandangan Pak Ali, beliau ini adalah seorang kontraktor yang berjaya, mungkin juga arkitek dan jurutera yang terbaik dalam Malaysia.

Bangun pula seorang rakan mereka. Beliau juga bermula dengan menceritakan kisah bagaimana beliau bermula dari bawah di mana beliau berjinak-jinak dengan seorang tukang masak di sebuah kedai makan. Sehingga pada satu ketika, beliau berjaya menjadi tukang masak atau pun CHEF yang tersohor di Malaysia dan pernah menerbitkan beberapa buku masakan. Beliau juga pernah melancung hampir keseluruh dunia dengan mempromosi makanan masakan Malaysia. Ke dua-dua rakan beliau mendengar cerita kehebatan beliau dengan penuh khusuk dan mengangguk-angguk tanda bersetuju. Pak Ali amat tergamam dengan kehebatan anak Melayu ini.

Kemudian, bangun pula pemuda ketiga menceritakan kisah peribadinya. Beliau yang pada mulanya berasal daripada seorang guru yang hanya mengajar di sekolah rendah. Kemudian dengan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri beliau, beliau menyambung pelajaran hingga ke peringkat universiti dan berjaya menamatkan pelajarannya dalam peringkat PHd di UK dalam masa yang boleh dikatakan agak singkat berbanding pelajar PHd yang lain. Beliau sungguh gembira dan berjaya menjadi Professor yang terkenal di Malaysia seperti sekarang sehingga telah berjaya mendidik ramai pelajar lain menjadi seperti beliau. Pak Ali terpegun dengan kebijaksanaan pemuda ke-tiga ini dan di dalam hatinya merasa bangga dengan kemurnian hati beliau.

Setelah agak lama duduk di meja yang berasingan dan asyik melihat aksi, tingkah laku dan mendengar cerita mereka semua, Pak Ali terfikir apakah yang membuat mereka ini semua seorang yang HEBAT sedemikian rupa. Dalam asyik berfikir, tiba-tiba datang Mak Munah – iaitu tuan punya kedai kopi tesebut, menyapa Pak Ali. Ditanya apa-apa lagi yang Pak Ali mahu, setelah selesai minum. Pak Ali menjawab bahawa dia tidak memerlukan apa-apa lagi, cuma beliau heran bagaimana pemuda bertiga tadi begitu hebat. Mak Munah menjawab dengan sinis bahawa dia tahu apa yang menyebabkan mereka semua sehebat itu, sambil membisikkan jawapan ke telinga Pak Ali. Oooooh barulah Pak tahu dan faham sekarang!!!

Jawapannya:

Tahukah anda apa yang dibisikkan oleh Mak Munah ke telinga Pak Ali? Jawapan adalah senang sekali. Hanya 1 atau 2 perkataan sahaja. Sila jawab menggunakan komentar di bawah. Saya akan berikan jawapan pada hujung bulan Julai ini! Selamat mencuba!

–Tok Jogho.

Filed Under: Rehat Minda

Tags: , , , , , , , ,

8 comments on “Kisah Manusia Hebat…

  1. tokjogho on said:

    Bagi sapa-sapa yang telah memikirkan jawapannya — sila jawab menggunakan komentar ini. Saya hanya perlu satu jawapan daripada pengunjung sebelum saya memberi jawapan yang sebenar!

    Selamat Mencuba!!

  2. teruhaka on said:

    apa jwpannya…

  3. amilism on said:

    jwpnnya..org gila

  4. tokjogho on said:

    amilism,
    menarik gak jawapan tu… tp soalan dia apa yg menyebabkan mereka ni hebat? clue dia ada dlm cerita ni pd awal2 entri.

  5. Amoi Soya on said:

    takbur? riak?? masuk bakul??

  6. manja on said:

    jwpn: mereka “hebat” bercerita di kedai kopi….

  7. tokjogho on said:

    betul la tu…mereka semakin hebat bila dpt tambah se cawan “kopi” lg. x tahu dah brp cawan mereka minum. yg pasti makin lama makin hebat mereka berbekalkan hanya se cawan dua “kopi”…he2. nama lg kedai kopi!

  8. moon on said:

    minum kopi…heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

June 18th, 2013

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya[...]


Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

June 16th, 2013

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlam[...]


Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

June 14th, 2013

Teknik persembahan adalah sebahagian daripada ilmu komunikasi. Komunikasi itu sendiri adalah penyamp[...]


Hidup Tanpa Seks

Hidup Tanpa Seks

June 12th, 2013

DIANGGARKAN satu peratus daripada penduduk di dunia terdiri daripada mereka yang hidup tanpa seks da[...]


Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg II

Mutiara Kata Khalil Gibran - Bhg II

June 9th, 2013

Berikut adalah sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu koleksi mutiara kata terpilih daripada[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Kelebihan Malam Lailatul Qadar

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh...

Close
31 queries in 2.143 seconds.