Mari Uji Minda

uji mindaSebenarnya, artikel ini adalah sidetrack hanya untuk merehatkan minda atau memaksa minda berfikir secara relaks. Di sini saya ingin paparkan hanya 5 soalan menarik, yang mana mungkin ada di kalangan anda sudah pun tahu atau mungkin juga tidak lagi.

Soalan ini sebenarnya menarik perhatian saya kerana keunikan tersendiri berbanding banyak lagi soalan lain yang boleh saya utarakan di sini. Sila lihat dan fikirkan sendiri. Saya tidak akan berikan jawapan tetapi memohon anda semua memberi jawapan dalam komentar di bawah.

SOALAN 1

Saya pergi ke kebun dan mengambilnya TETAPI bila saya masuk ke dalam rumah saya menangis kerananya. Pasal apa?

SOALAN 2

Gunung apakah yang tertinggi di dunia sebelum Gunung Everest dijumpai?

SOALAN 3

Ali dan Mamat hendak pergi menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Manchester United. Sebaik sahaja sampai di Stadium Nasional, Ali terus mencabar Mamat untuk membelanjanya sekiranya keputusan perlawanan berpihak kepadanya. Ali berkata dia sudah tahu keputusan perlawanan tersebut sebelum ianya bermula. Mamat setuju tetapi akhirnya terpaksa membelanja Ali setelah perlawanan tamat. Mengapa?

SOALAN 4

Seorang ibu mempunyai 5 orang anak. Separuh daripadanya adalah lelaki. Jadi, berapa ramai anak perempuan beliau?

SOALAN 5 (English Section)

FOUR is HALF of FIVE ( FOUR adalah separuh daripada FIVE). How can it be possible? (Bagaimana ini boleh berlaku?)

Uji-ujilah minda anda. Semoga bertambahlah IQ masing-masing. InsyaAllah di masa akan datang saya akan membuat entri lain pula.

SELAMAT MENCUBA!!

Filed Under: Rehat Minda

Tags: ,

4 comments on “Mari Uji Minda

  1. farhan on said:

    Nombor 1, saya tahu:

    jawabnya bawang sebab saya pegi ambik bawang yg ditanam di kebun, kemudian hiris nak masak, menangislah kena percikan bawang kat mata… ha..ha.. betul tak?

  2. bokbong on said:

    no.3.
    Dorg tgk ulangan kt warung tp stadium je pun. Pastu ali mmg dr awal ajk mamat temankan dia mkn kt kdai awek dia tu. Keh3

  3. tokjogho on said:

    Salam semua.

    OK jawapan utk soalan:

    1. bawang – betul jwpan sdr farhan
    2. mestilah Gunung Everest. sbb ia tertinggi walaupun x dijumpai sblm tu.
    3. klu dia – sebelum perlawanan! sudah tentu jawapan dia jelas sekali. tekalah lg… jwpan dah hampir tu!!
    4. jwpan – tiada anak perempuan sbb mana boleh anak jd 2.5 laki, 2.5 pompuan. so anak dia semua laki.
    5. this is an easy trick question – four is IV, so F IV E = four is half of five…ok..that’s all. Hope u guys enjoy the UJI MINDA!

  4. tok sikh on said:

    Soalan no 3 tu senang je…klu dia Ali kata dia dah tahu keputusannya sebelum perlawanan bermula lg…so tentulah score dia 0-0 sbb game x main lg. So Ali le yang betul..he2 bijak, bijak! Betul x tok jogho?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTU1LTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6155-150x150.jpg
File not writeable: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/plugins/specialrecent_v2.4.3/cache/MTAwMTAwbm82MTUyLTE1MHgxNTA=.jpg
Problem detected on file: /home/panduanp/domains/panduanpercuma.info/public_html/wp-content/uploads/2013/02/6152-150x150.jpg

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Kelawar Dan Bagaimana Cara Mengawalnya

May 23rd, 2013

Jika kita tinggal di kawasan kampung atau di kawasan yang berbukit dan berhutan, ada kemungkinan rum[...]


No thumbnail available

Panduan Solat Istikharah

May 19th, 2013

SOLAT ISTIKHARAH Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang[...]


Puasa Bagi Pesakit Diabetes

Puasa Bagi Pesakit Diabetes

May 14th, 2013

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah [...]


Kisah Janda Yang Dahaga

Kisah Janda Yang Dahaga

May 10th, 2013

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami….[...]


7 Kebaikan Tidur Awal

7 Kebaikan Tidur Awal

May 10th, 2013

Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bang[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
Tata Cara Solat Tahajjud Dan Witir Rasulullah

Tatacara Rasulullah melakukan solat Tahajjud dan Witir. Sila download untuk dapatkan ebuku ini. KLIK pada pautan di bawah untuk memuat turun:        ...

Close
30 queries in 1.484 seconds.