Kisah Bomoh Best Ni…

Sebuah kisah antara saya dan bomoh….sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini…. Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain.
Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur….nauzubillah…

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan
perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan
bomoh handal tersebut.

Saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap
hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai…

bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala.
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)

Saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh
lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya
pula.

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
‘anak ini berniaga kah?’

saya menjawab: tidak. saya hanya…….

mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
‘biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat
untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?’

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan
ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya
mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih
pula kepada kedai-kedai kecil ini.

bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. ‘baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-barang ini’ . Lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi.

sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja
sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.

saya: ada…nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup
saya ingat…

‘bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan
ini?’
tanya bomoh tadi.

Saya: er..Mcdonald dan KFC……

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. Marahnya bukan kepalang
dengan saya. Katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab.
‘Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan
beralih angin ke kedai lain….
(dalam hati saya tertawa besar)

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh
ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu…. moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata.

‘sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa….. . hanya
mengunakan tipu daya sahaja…dan bagi mereka yang percaya tentang
perkara ini.
..kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang
pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan
lain.Dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan
dengan betul) kita boleh lingkup juga….atur startegi perniagaan dan
amanah.. InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. …maaf andai ada
yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa…Allahuakbar!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*