Halim Yazid – Pendikir Barat Pencetus Semangat

Ambo raso kalu dikir barat, semo oghe tahu dia berasal dari Kelate. Entri ambo ni, rasonyo nak buak pelik sikit. Ambo nok ceghito pasal dikir barat, pasal Halim Yazid dan nok buak dale loghat Kelate. Harap maaflah kalu ado hok tok pehe tulise ambo ni..

Pasal apo ambo pilih Halim Yazid? Pada ado Halim Yazid soghe pendikir barat hok unik, dae berwawase. Lagu-lagu dikir oleh Halim Yazid memang bowok cegito pencetus semangat ko adik-adik kito semo. Buke duk dikir ngaruk tok pasa, lagu-lagu dikir barat Halim banyok menyentuh pasal ilmu, pasal keyakine diri, pasa keberanie seseoghe dae penuh denge mesej.

Denge mengimbau kisah-kisah lamo, kisah kesusahe dan kepayohe dio ngaji sekoloh sapalah masuk U, sepatutnya dijadike iktibar untuk kito semo terutamo adek-adek hok tengoh belajar sekoloh tu. Sekali sekalo ado jugok lah dikir dio wak dale bahaso Inggerih. Nak buak kelaine, ini penanda Halim soghe hok berwawasae. Kito ambik contoh lagu-lagu dio mace Balik Asal.

 

Antaro lagu-lagu dikir Halim hok sohor ialah Anak Tupa, Balik Asal, Diri Ambo, Adik-adik USM, Kecek Nga Anok, Sangkakala, Pesan Mak, Apa Khabar Oghe Kampung dae lagu bahaso Inggerih pulok ialah Oh Carol dae Wind Of Changes dae ado jugok lagu Jepun tajuk “Kojonosuki”.

Setakat ni Halim Yazid doh buak lebih kughe 8 keset/CD. Ni senara cd.kaset dio:

  1. ANGIN (1998)
  2. INOVASI (2001)
  3. INFINITI
  4. SARANA
  5. PERSONALITI
  6. DESTINY (2008),
  7. LAGU-LAGU NYANYIAN DIKIR TERBAIK HALIM YAZID 1990-2005 (2005)
  8. 14 BUAH LAGU PILIHAN TERBAIK HALIM YAZID (2008)

VCD pulok ado 4:

  1. HALIM YAZID DALAM PERSEMBAHAN 2002 (2002)
  2. PARADIGMA LAIN
  3. HALIM YAZID DALAM PERSEMBAHAN MENDUKUNG KASIH (2005)
  4. HALIM YAZID LIVE IN SINGAPORE (2005)

Kalu sapo-sapo nok tahu detail pasa Halim Yazid, buleh gi blog dia di HalimYazid.com. Kalu tahu perkembaenge terkini, buleh gi join Fanpage Halim Yazid di Facebook pada link ni. Kalu buleh, kalu minat tu beli lah hok ori deh! Kalu nok denga lagu-lagu Halim Yazid ko, no download ko buleh tra gi link ni deh!!!

 

Ambo nok begheti doh!!!! Wassalam. Sebelum ambo begheti, ambo nok wi so lagu dikir Halim Yazid bowoh ni… selamat dengar dikir!!! Lagu namo dio “Diri Ambo – Bangkit Asal”. Selamat berhibur!!

 

[vsw id=”44T7WjN_4R4″ source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]

 

Sambungan Video 1 – Bangkit Asal

[vsw id=”hcUfNS7SQV8 ” source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]

 

Lagu Anok Tupa – Antaro lagu popular Halim

[vsw id=”LFAmcNPCRRk” source=”youtube” width=”425″ height=”344″ autoplay=”no”]

 

P/S: Pado ambo, ambo suko denga lagu “Kecek Nga Anok”. Kalu nok denga, klik play bowoh ni.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*