Rahsia Pak Ali dan Rompakan Di Bank
Salam semua pengunjung! Hari ni saya nak bagi satu teka-teki dalam ruang Rehat Minda di PanduanPercuma.info ini. Ceritanya simple, menarik dan solusinya juga tidaklah susah sangat. Soalannya begini…
Sedang Pak Ali duduk di kerusi sambil memerhati gelagat orang ramai yang sedang berurus niaga di sebuah bank, tiba-tiba meluru masuk tiga orang perompak bertopeng menghampiri kaunter bank sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah kerani di situ dan memekik “Jangan Bergerak! Ini adalah satu rompakan!! Masukkan wang ke dalam beg ini!! 2 orang perompak yang lain tu sempat mengacu pistol ke arah seorang pengawal keselamatan sambil mengarahkannya meletakkan senapang patah dan disuruh menyepaknya kepada sorang lagi perompak berdekatan. Semua orang di dalam terkejut, dan mereka disuruh menundukkan muka ke lantai.
Pak Ali yang sedang asyik memerhati gelagat orang ramai dan perompak tersebut juga terkejut dan terus terbangun daripada kerusi. Apatah lagi apabila melihat muncung pistol menghala ke arahnya. Pak Ali yang berkain pelikat dan berkopiah putih seolah-olah tidak ambil kisah dengan arahan perompak tadi. Dia masih berdiri dan terus memerhati gelagat perompak bertiga tesebut. Semua yang berada dalam bank tersebut amat ketakutan, namun Pak Ali kelihatan selamba aje. Perompak tersebut nampaknya seolah-olah tidak kisah sangat dengan Pak Ali. Sehingga sesi rompakan itu selesai dan semua perompak telah berjaya meloloskan diri, Pak Ali sangat gembira kerana semua orang selamat. Pokoknya “Apa rahsia Pak Ali?” sehinggakan dia seorang yang tidak diganggu oleh perompak-perompak tersebut walau pun dia tidak mengikut arahan perompak2 tadi…..
Selamat mencuba….tuliskan jawapan anda dalam bhg komentar di bawah!!
alaa…pak ali tgh tgok tv tu…citer org rompak bank…haha
sollehahn,
TEPAT sekali la tu bro!! Akhirnya ada juga hamba ALLAH yang dapat teka dengan betul. TAHNIAH!!
pak ali tu gila kot..
sebab die pakai kain pelikat ngn kopiah je..baju xpakai..
Zul, Pak Ali x gila tp istimewanya dia menyebabkan orang x ganggu dia. Apa ye?
hahahahaha jwpn dia mmg lucah…
‘SENAPANG’ Pak Ali lagi besar….hehehe
latest entry 2 Benda yang Blogger TAKUT & Urban : Camera Paling CANGGIH
Jwpan menarik…tp x betul lah bro…