Kisah Idiot (Si Bodoh) Dengan Komputer

Cerita pasal idiots atau si bodoh dengan komputer mungkin mampu membuat kita tertawa terutama apabila mengenangkan masa mula-mula berkenalan dan berjinak-jinak dengan komputer suatu masa dulu . Namun tahukah anda rupa-rupanya masalah kebodohan menggunakan komputer ini bukan sahaja terjadi pada kita, malah ianya sudah berlaku di negara-negara maju seperti Ameika Syarikat.  Jim Cartlon, seorang jurnalis Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari para pengguna komputer Amerika. Dan ternyata keluhan mereka jauh lebih “idiot” daripada yang kita kira. Berikut petikan keluhan-keluhan si pengguna komputer yang dikatakan begitu “dungu” dan “superbodoh” iaitu:

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” disebabkan banyaknya telefon yang menanyakan di mana letaknya kekunci “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan pengguna kerana kesulitan menggunakan mouse. Apabila pekerja bahagian Techinal Support berkunjung, mereka menemukan mouse tersebut tidak boleh digunakan… bukan kerana rosak tetapi kerana masih terbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) mempunyai masalah fobia (takut) pada mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik.

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berleluasa digunakan, technician  Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna  yang disketnya tidak dapat dibaca oleh diskdrive komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin tik dan mengetikkan label yang tertempel di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan salinan disket yang telah terkena virus itu untuk dipelajari. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima foto kopi disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh kerana dia tidak dapat mengirimkan fax melalui komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati kalau pengguna itu mencuba mengefax via komputer dengan cara menampalkan kertas yang akan di fax di depan monitor.

6. Seorang pengguna DELL lain mengeluh kerana keyboard yang digunakannya sudah tidak boleh berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya caranya membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bagian keyboard dengan sabun, lalu membilasnya dengan air, dan menjemurnya. ”

7. Seorang pengguna DELL marah besar kerana tidak boleh menghidupkan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik. Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah: mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah besar kerana komputer barunya tidak nyala. Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan betul, dan ketika dia
menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika technician DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dihidupkan, dia kembali bertanya, “Power switch itu apa?”

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*