Liu Bolin – Kreativiti Seorang Lelaki Halimunan

Ini merupakan kisah seorang artis China yang telah menjelajahi beberapa pelusuk dunia dan menjadikan lukisan kreatifnya sebagai lelaki halimunan. Antara tempat yang dijadi lokasi dan objek lukisan halimunan kreatifnya ialah di Pondok Telefon di London,  timbunan batu-bata, Stadium Olimpik Beijing, Dinding Bergrafiti dan Terusan Venice di Itali.

Beliau ialah Liu Bolin, yang menjadikan lokasi dan objek sebagai “backdrop” atau bahan latar kepada lukisan halimunannya. Terkini beliau telah mengecat dirinya di dalam pasaraya berlatarkan rak-rak produk minuman berbotol. Berikut adalah gambar lukisan kreatif halimunan tersebut:

 

Nampak di mana lelaki halimunan di dalam foto ini?

 

Proses mengecat Bolin di pasaraya

Karya seni yang bertajuk ‘plasticizer’ telah dicipta untuk menyatakan pandangan negatif terhadap penggunaan plasticizer dalam aditif makanan.Mengikut artis tersebut, proses persiapan dan persediaan lokasi mengambil foto memakan masa berbulan lamanya dan proses mengecat badan dan latar itu sendiri memakan masa selama 10 jam.

Foto-foto terbaru yang merupakan sebahagian daripada koleksi Bolin ‘Hiding in the City’ sedang dipamerkan di Eli Klein Fine Art Gallery di NewYork City sehingga 28 Ogos ini. Berikut adalah antara koleksi foto-foto Liu Bolin Halimunan pada lokasi-lokasi dan objek latar yang popular:

Liu Bolin halimunan di pasaraya

 

Liu Bolin halimunan di pondok telefon di London

 

Liu Bolin halimunan di dinding grafiti

 

Liu Bolin halimunan di atas timbunan bata-bata

 

Begitulah hasil kretiviti artis China Liu Bolin.

 

Sumber asal diterjemah daripada:

http://my.news.yahoo.com/%E2%80%98invisible-man%E2%80%99-artist-hides-in-supermarket.html

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*