Renungan: Kisah Suami dan Isteri Yang Tidak Bekerja

Salam semua. Pada entri ini, saya ingin ketengahkan suatu dialog antara seorang kaunselor dengan seorang suami yang bekerja. Mudah-mudahan dialog ini mampu membuatkan kita selaku seorang suami atau isteri berfikir sejenak dan merenung akan kepentingan hidup suami isteri teristimewa buat suami yang bekerja di luar sana dan isteri yang berada di rumah:

suri-rumah

 

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Pengurus Kewangan di sebuah syarikat yang ternama.
Kaunselor : Dan isteri encik, Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri sayalah yang sediakan…. sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Lebih kurang pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi dan anak-anak nak ke sekolah.
Kaunselor : Anak-anak encik Fikri ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, biasanya isteri encik buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk membasuh pakaian, memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting tetapi ada sesetengah suami masih lagi menganggapnya sebagai SEORANG YANG TIDAK BEKERJA!!! ~~

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*