Asas Rumahtangga – Bukan Sekadar Ijab dan Qabul
Apabila seorang teruna dan dara diijab qabulkan maka terbinalah apa yang disebutkan sebagai Rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga. Akan tetapi Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem kekeluargaan. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan di antara hati-hati iaitu [...]





