Fakta Unik Tentang Bahasa Inggeris

bahasa inggeris unikBahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak dipertuturkan di seluruh dunia. Selain menjadi bahasa komunikasi utama, bahasa ini juga merupakan yang sebenarnya mudah untuk dipelajari. Tahukah anda bahawa ada beberapa fakta menarik dan unik tentang bahasa Inggeris ini. Berikut adalah beberapa fakta unik tentang bahasa Inggeris yang mungkin belum diketahui anda, antara lain adalah :

1. Stewardesses adalah perkataan terpanjang yang dapat ditaip di keyboard hanya dengan menggunakan tangan kiri anda. Sedangkan untuk tangan kanan, lollipop adalah yang terpanjang.

2. Tidak ada perkataan dalam bahasa Inggeris yang bersajak/beritma dengan month, orange, silver, purple, angst dan scalp.

3. Dreamt adalah satu-satunya perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan huruf ‘mt’.

4. Ayat The quick brown fox jumps over the lazy dog menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

5. Perkataan racecar, kayak dan level dapat dibaca secara terbalik dari kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri.

6. Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata ‘dous’, iaitu: tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous.

7. Ada dua perkataan dalam bahasa Inggeris yang menggunakan kelima huruf hidup secara berurutan (a, e, i, o, u), iaitu: abstemious dan facetious.

8. Typewriter adalah perkataan terpanjang yang dapat ditaip menggunakan huruf-huruf yang terdapat pada satu baris kekunci keyboard (baris QWERTY).

9. Huruf yang paling sering dipakai dalam bahasa Inggeris adalah huruf  ‘e’. Ini merupakan fakta baik dalam penggunaan bahasa Inggeris secara umum, dalam karya fiksyen dan non-fiksyen, jurnalisme, kitab Bible dan bahkan kode Morse!

10. Untuk huruf konsonan, huruf yang paling sering dipakai adalah huruf  ‘t’.

11. Huruf yang paling sedikit digunakan dalam bahasa Inggeris adalah ‘q’ – bukan ‘z’.

12. Lima huruf yang paling sering muncul sebagai huruf pertama dalam perkataan bahasa Inggeris – secara berurutan – adalah ‘t’, ‘o’, ‘a’, ‘w’ dan ‘b’.

13. Hampir setengah dari seluruh perkataan bahasa Inggeris diakhiri oleh huruf ‘e’, ‘t’, ‘d’ dan ‘s’.

14. The adalah perkataan yang paling sering digunakan dalam bahasa Inggeris. Bila anda tidak percaya, cubalah berbicara dalam bahasa Inggeris standard yang benar selama 5 minit tanpa menggunakan kata ‘the’.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Fakta Unik Tentang Bahasa Inggeris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*