Undang-undang Aneh di Amerika

 

undang-undang anehBerikut adalah undang-undang yang boleh dikatakan agak aneh tetapi sebenarnya wujud di Amerika Syarikat. Undang-undang berkenaan terkandung dan tertulis dalam buku undang-undang negeri masing-masing tetapi ianya tidaklah dikuatkuasakan seperti undang-undang lain. Undang-undang ini dipetik daripada pelbagai sumber yang agak reliable, tetapi tidak dijamin 100% kebenarannya.

Di Texas, adalah melanggar undang-undang bagi siapa saja yang memiliki sepasang playar pada dirinya.

bDi Philadelphia, anda tidak boleh meletakkan pretzel dalam poket berdasarkan kepada Act of 1760.

bUndang-undang di Alaska menetapkan bahawa anda tidak boleh melihat “moose” atau pun rusa dari pesawat terbang.

aDi Corpus Christie, Texas, adalah haram untuk memlihara buaya di rumah anda.

aDi Miami, anda dilarang untuk meniru gaya dan aksi binatang.

bDi Arkansas, USA adalah menjadi kesalahan jika gagal menyebut nama negeri tersebut “Arkansas” dengan betul.

aDi Illinois, hukum adalah bahawa mobil harus diarahkan dengan kemudi.

bUndang-undang California melarang seorang wanita daripada memandu kereta dengan mengenakan pakaian “house coat” atau pakaian ketika berada di rumah.

bDi Tennessee, adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang jika memandu kereta sambil tidur.

aDi New York pula, adalah salah dan berlawanan dengan undang-undang jika seseorang yang buta memandu kenderaan.

aDi West Virginia, hanya bayi yang boleh duduk dalam kerusi roda bayi.

bDi Gerogia, seseorang tukang gunting tidak dibenarkan untuk mengiklan harga atau kos menggunting rambut.

bDi Louisiana, bil diperkenalkan beberapa tahun lalu di mana harga siling untuk memotong rambut lelaki yang botak ialah 25 cent.aDi Oklahoma, tidak ada pasukan besbol yang boleh memukul bola di atas pagar atau keluar daripada sebuah stadium baseball.

bu_bath aDi Rochester, Michigan, undang-undang menetapkan bahawa sesiapa yang ingin mandi di kawasan umum harus memiliki pakaian renang yang diperiksa oleh seorang polis !


aDi Kentucky, undang-undang menetapkan bahawa seseorang mesti mandi sekurang-kurangnya sekali setahun.

bDi Utah, burung memperolehi hak yang utama di setiap jalanraya atau lebuhraya awam.

bDi Ohio, seseorang mesti mempunyai lesen untuk menjaga beruang.

 

aDi Tennessee, ada salah menjual Bologna (sandwic daging) pada hari Minggu.

bDi Providence, Rhode Island, adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang untuk terjun dari jambatan.

bDi Kansas, anda tidak dibenarkan untuk memandu kerbau menggunakan atau melalui jalanraya.

aDi Florida, adalah salah di sisi undang-undang untuk menempatkan haiwan ternakan dalam bas sekolah.

bDi New Jersey, kubis tidak boleh dijual pada hari Minggu.

bu_caml aDi Galveston, Texas, adalah haram untuk memiliki unta yang berkeliaran di jalanan!

aDi North Carolina, adalah salah di sisi undang-undang membiarkan anjing dan kucing untuk bergaduh.

bDi Cleveland, Ohio, meninggalkan chewing gum di tempat umum adalah satu kesalahan.

bDi Virginia, ayam tidak boleh bertelur sebelum pukul 8:00 pagi, dan harus dilakukan sebelum pukul 4:00 petang.

aDi New York, itu adalah bersalahan dengan undang-undang bagi kanak-kanak untuk memegang atau mengumpulkan puntung rokok dan cerut.

Inilah di antara sebahagian undang-undang yang aneh yang termaktub dalam buku undang-undang setiap negeri di Amerika Syarikat. Jika anda berminat untuk mengetahui banyak lagi undang-undang pelik ini daripada seluruh dunia, anda boleh layari laman web berikut: http://www.strange-laws.net

 

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

4 thoughts on “Undang-undang Aneh di Amerika

    • 23/12/2009 at 4:38 pm
      Permalink

      Biasa je..kan depa tu Amerika! Ikut suke hati depa la…

      Reply
  • 09/12/2009 at 9:57 pm
    Permalink

    salam kenal…wakh lengkap sekali nih….undang-undang yang aneh ntuh

    Reply
    • 11/12/2009 at 7:29 am
      Permalink

      Undang2 aneh tapi tak dipraktikkan lansung. Hanya dalam buku aje!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*