Misteri Segitiga Bermuda

segitiga bermudaTak semua pertanyaan ada jawabannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tak semua (belum) mampu dijelaskan. Jika anda pernah terdengar dan terbaca kisah misteri tentang Segitiga Bermuda, sudah tentu anda sudah ketahui pelbagai kisah misteri yang ada padanya. Bagi Anda yang gemar kisah misteri, sudah pasti tahu tahu di mana Segitiga Bermuda terletak. Bagi sesiapa di antara kita yang masih belum mengetahuinya, ikutilah artikel ini yang menyingkap beberapa catatan menarik dan misteri Segitiga Bermuda ini.

Sepertimana diketahui umum, Segitiga Bermuda terletak di bahagian selatan Amerika Syarikat bermula dengan titik sudut Miami, di Florida AS, bersambung ke Puerto Rico (Jamaica), dan pulau Bermuda itu sendiri membentuk sebuah segitiga, Ianya telah berabad-abad menyimpan kisah yang tidak terungkai rahsianya. Misteri demi misteri telah dicatat oleh pengembara samudera seperti Christopher Columbus.

Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauhnya menuju dunia barunya Amerika, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di wilayah ini. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya beberapa kali berubah-ubah. Padahal cuaca saat itu begitu baik.Lebih dari itu, tak jauh dari kapal, pada suatu malam tiba-tiba para awaknya dikejutkan dengan munculnya bola-bola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.

Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, pancaindera ke enam memang seperti dihantui ’suasana’ yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih dikira beruntung, kerana hanya dilayan dengan satu ‘persembahan’. Lain dengan pelintas-pelintas yang lain di kawasan berkenaan.

Menurut catatan maritim, salah satu misteri terbesar di perairan maut ini adalah hilangnya kapal tentera British Atalanta pada tahun 1880. Tanpa jejak sedikit pun, kapal yang membawa tiga ratus kadet dan pegawai tentera laut British itu ghaib begitu saja di situ. Selain Atalanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.

grumman avenger2Antara kisah yang lain pula, Segitiga Bermuda juga telah melenyapkan puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian terdedah sekitar tahun 1990 lalu adalah hilangnya lima jet pengiring Grumman TBF Avenger Tentera Laut AS yang sedang berpatrol melintas wilayah laut ini pada waktu siang hari bertarikh 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan, komandan penerbangan melapor, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Anehnya, misteri Avenger tadi tak berhenti di situ saja. Ketika sebuah Martin-PBM-3-PBM-5-Marinerpesawat misi menyelamat (SAR-Search and Rescue) jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar mencarinya, pesawat amfibia tersebut bersama dengan 13 awak-awak ini juga dilaporkan lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya, ketika kawasan yang diduga sebagai tempat kecelakaan keenam pesawat tersebut dironda dan disapu bersih oleh 6 pesawat penyelamat pantai dengan 27 krew, tidak satu pun serpihan pesawat yang dikatakan hilang itu dijumpai. Sungguh ajaib.

Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang peneliti berhasil menemukan longgokan kerangka pesawat di luar pantai Fort Launderdale, Florida. Betapa terkejutnya orang-orang yang menyaksikan kerana apabila dipadankan, ianya merupakan longgokan besi yang ternyata sepadan dengan ke lima-lima pesawat TBF Avenger yang hilang sebelum ini.

Hilangnya C-119

Kisah ajaib lainnya adalah hilangnya pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar pada 7 Jun 1965. Pesawat kargo dua-enjin milik tentera udara AS ini sarat dengan muatan karga pada hari itu berlepas dari landasan Lanud, Homestead pada pukul 7.47 pagi. Pesawat dengan 10 krew ini terbang menuju Lapangan Terbang Grand Turk, Bahamas, dan dijangka mendarat pukul 11.23 pagi.

Pesawat ini sebenarnya hampir menamatkan perjalanannya. Hal ini diketahui dari hubungan radio yang masih terdengar hingga pukul 11 pagi. Sesungguhnya memang tiada yang mencurigakan. Kerosakan teknikal juga tak pernah dilaporkan. Tetapi pesawat Boxcar tersebut tidak sampai ke tempat yang dituju.

“Dalam kontek radio terakhir tiada sebarang indikasi bahawa pesawat tersebut mengalami masalah. Namun setelah itu kami kehilangan jejaknya,” begitulah ungkap juru bicara Penyelamat Pantai Miami. “Besar kemungkinan pesawat mengalami masalah kendali arah (steering trouble) hingga tersasar ke lain arah,” tambahnya.

peta segitiga bermudaPada masa itu juga pasukan SAR terbang menjangkau wilayah seluas 100.000 batu persegi yang diduga menjadi tempat kandasnya C-119. Namun hasilnya benar-benar tiada. Sama seperti hilangnya pesawat-pesawat lain di wilayah ini, tidak satu pun serpihan pesawat atau tubuh manusia ditemui.

“Benar-benar aneh. Sebuah pesawat terbang ke arah selatan Bahama dan hilang begitu saja tanpa jejak,” demikian komentar seorang veteran juruterbang Perang Dunia ke-2I.

Seseorang dari pasukan SAR mengatakan, kemungkinan pesawat tersebut jatuh di antara Pulau Crooked dan Grand Turk disebabkan masalah struktur, letupan atau kerosakan enjin. Kalau sekiranya pesawat meletup di udara, sudah tentu kontek radio tidak akan terjadi, tetapi sepatutnya kita boleh menjumpai serpihan pecahannya. Begitu pula jika pesawat mengalami kerosakan, mestinya si pilot boleh melakukan ditching (pendaratan darurat di atas air). Hakikatnya, cuaca saat itu dalam keadaan baik. Dalam erti kata lain, langit cerah, ombak hanya sekitar satu meter, dan angin hanya 15 knot.

Analisis selanjutnya memang mengembang kemana-mana. Namun tetap tidak menghasilkan apa-apa. Kes C-119 Flying Boxcar pun terpendam begitu saja, sampai akhirnya pada tahun 1973 terbit artikel dari International UFO Bureau yang mengingatkan kembali sejumlah orang pada kes ajaib tersebut.

Dalam artikel ini dimuat kesaksian astronaut Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II, yang justeru menmbah burukkan masalah yang sedia ada. Rupanya pada saat-saat di sekitar lenyapnya C-119, dia kebetulan tengah mengamati wilayah di sekitar Carribean. Gemini kebetulan memang sedang mengawang-awang di sana. Menurut catatan NASA, pada 3 sampai 7 Jun 1965 keduanya sedang melakukan eksperimen jalan-jalan ke luar kapsul Gemini dengan perlengkapan yang dirahsiakan.

ufo dikaitkan dengan bermuda

Menurut Divitt, dia melihat sebuah pesawat tak dikenal (UFO) dengan semacam lengan mekanik kedapatan sedang meluncur di atas Karibia. Beberapa minit kemudian Ed White pun menyaksikan objek lainnya yang serupa. Sejak itulah lalu merebak isu C-119 diculik UFO. Para ilmuwan pun segera tertarik menguji kesaksian ini. Tidak mahu percaya begitu saja, mereka mengesahkan objek yang dilihat kedua astronaut dengan satelit-satelit yang ada di sekitar Gemini IV. Mungkinkah mereka tersalah lihat ? Maklum saat itu (hingga kini pun), banyak pihak masih menilai sektis terhadap kehadiran UFO.

Ketika itu kepada kedua astronaut ditunjukkan gambar Pegasus 2, satelit raksasa yang memang memiliki antena mirip lengan sepanjang 32 meter dan sejumlah sampah satelit yang ada di sekitar itu. Namun baik dari bentuk dan jarak, mereka menyanggah jika telah salah lihat.

“Sekali lagi saya tegaskan, dengan menyebut UFO ‘kan tak bererti saya menunjuk pesawat ruang angkasa dari planet lain. Pengertian UFO sangat universal. Bahawa jika saya melihat pesawat yang menurut penilaian saya tak saya kenal, tidakkah layak jika saya menyebutnya sebagai UFO?” sergah Divitt.

Begitulah kes C-119 Flying Boxcar yang tak pernah terungkai sehingga kini. Di antara kapal atau pesawat yang ghaib di wilayah Segitiga Bermuda kisahnya memang senantiasa sama. Terjadi ketika cuaca sedang baik, tak ada masalah teknikal, kontek radio berjalan secara biasa, tetapi si pelintas tiba-tiba menghilang begitu saja. Tanpa meninggalkan jejak sama sekali.

fenomena aneh bermuda

Banyak teori kemudian dihubung-kaitkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelengkungan waktu, medan graviti terbalik, abrasi atmosfera, dan ada juga teori anomali magnetik-graviti. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana. Walaupun pelbagai analisa aneh dibuat, namun tiada satu pun penjelasan yang dapat dibuat dengan sempurna.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*