Fakta Menarik Untuk Dikongsi – Bhg II

Seperti yang saya janjikan, berikut adalah fakta menarik untuk dikongsi bersama. Anda mungkin telah mengetahuinya, tapi untuk sesiapa yang masih belum, silalah baca entri ini.

Tahukah anda nama domain apakah yang terpanjang di dunia? Adakah anak yang baru lahir menangis mengeluarkan air mata? Berapa kalikah jantung kita berdegup dalam sehari? Apa tejadi kepada ikan emas jika dibiarkan di dalam gelap? Binatang apakah yang pertama sekali dibawa ke angkasa lepas?

Berikut adalah fakta-fakta menarik untuk dikongsi bersama:

  1. Anda mungkin telah mengetahui bahawa bahawa bayi yang baru lahir menangis tanpa mengeluarkan air mata.
  2. Jantung kita berdegup lebih daripada 1 juta kali sehari.
  3. Wanita mengelipkan matanya 2 kali banyak daripada lelaki.
  4. Rambut lelaki membesar lebih cepat daripada wanita.
  5. Panjang dari pergelangan tangan anda hingga ke siku adalah sama panjang dengan kaki anda.
  6. Di antara Bangsa Arab, ada lebih daripada 1000 perkataan digunakan untuk menyebut unta.
  7. Mulut manusia menghasilkan 1.5 liter air liur dalam se hari.
  8. Kita bernafas lebih daripada 23,000 kali sehari.
  9. Anjing merupakan binatang pertama menerokai angkasa lepas, manakala biri-biri, itik dan ayam jantan antara yang pertama menaiki belon angin panas.
  10. Lalat hanya hidup selama 14 hari.
  11. Lidah buaya terlekat pada lelangit mulutnya dan tidak boleh bergerak.
  12. Intan yang paling unik dan jarang ditemui adalah intan yang berwarna hijau.
  13. Ikan emas, jika dibiarkan lama di dalam gelap akan bertukar warna menjadi putih.
  14. Fakta terakhir –> Nama domain yang terpanjang sekali dalam dunia ini ialah…….

www.

thelongestlistofthelongeststuffatthelongestdomainnameatlonglast

.com

yang mengandungi 15 perkataan dengan 63 huruf semuanya!! WOW panjangnya!!!

Jika anda ingin memecah rekod ini, anda boleh mendaftar domain baru tapi hadnya hanya 63 huruf seperti di atas  sahaja.  Maaflah… rekod TIDAK BOLEH dipecahkan!!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*