Memori – Sistem Ingatan Manusia

otak kitaRamai di antara kita yang sering tertanya-tanya bagaimanakah untuk meningkatkan memori seseorang. Ada di antaranya terus mencuba untuk mecari pelbagai cara untuk mencari pelbagai cara meningkatkan keupayaan ingatan. Sebenarnya, ramai di antara kita yang tidak memahami atau mungkin tidak didedahkan tentnag sifat semulajadi ingatan. Oleh itu kita mungkin akan lebih terpengaruh kepada pelbagai syor yang belum tentu ada keberkesannya walaupun, ada sokongan kajian saintifik. Malah ada yang mugkin akan tertipu terus dan membawa padah yang tidak sepatutnya.

Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis sistem ingatan :

(i) INGATAN JANGKA PENDEK

Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan. Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya akan lupus begitu saja.

(ii) INGATAN JANGKA PANJANG

Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk ‘memanggil kembali’ (recall) maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang.

Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam ingatan, cuma mengambil masa untuk dikeluarkan kerana sudah lama tidak digunakan. Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula.

Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih ‘ingat’ maklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggil kembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘LUPA’ dalam kehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskan kenyataan “Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang tidak akan hilang dan msunah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat seseorang.” Ini bukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para pengkaji otak. Pelbagai eksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme membuktikan penyataan tersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari Universiti McGill, Montreal, telah melakukan pembedahan ke atas otak pesakitnya. Beliau telah mengalirkan arus elektrik dengan kadar yang sangat halus pada otak subjeknya iaitu pada bahagian yang dikenali sebagai neucortex. Terbukti subjeknya didapati mampu mengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun lampau dengan terperinci. Misalnya warna baju, nombor-nombor telefon, perbualan pada hari-hari yang tertentu pada puluhan tahun yang lalu.

Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotisme adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya terlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembali peristiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka pada hari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jenis eksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dan tidak akan luput selama-lamanya. Orang genius dan yang mempunyai ingatan luar biasa ialah orang yang berkebolehan ‘memanggil kembali’ maklumat yang tersimpan di dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlah pendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jika mengetahui tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkan potensi otak dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaan otak boleh ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan, saranan, pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa juga boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak.

OTAK YANG CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG SIHAT

Untuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman, mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual, amalan hidup yang betul dan menyihatkan, berpuasa, berjiwa tenang, membersihkan perut, dan lain – lain lagi rahsia yang dipaparkan di sini. Kesihatan mental bergantung kepada kesihatan tubuh badan.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*