Rahsia Perwatakan Anak-anak Melalui Ciri-ciri Fizikal

watak anak-anakIngin mengetahui perangai dan watak anak-anak anda? Tahukah anda bahawa perwatakan anak-anak ada juga berkait rapat dengan sifat-sifat dan ciri-ciri fizikal serta pelbagai aspek lainnya. Berikut adalah rahsia perwatakan anak-anak melalui bentuk fizikal,tarikh lahir ,warna dan urutan dalam keluarga mengikut kajian pakar motivasi Dato’ Dari Fadzilah Kamsah. Wallahualam.


Dari Segi Fizikal:

-Bertubuh Kurus
Seorang yang agak gemuruh, kelam kabut tapi sangat kreatif.aktif dan pantas bergerak. Agak penakut.suka mendapat penghargaan dan belaian orang lain.

-Bertubuh Sederhana
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat tetapi selalu kurang berfikir panjang sebelum melakukan suatu tindakan. Sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaaan.

-Bertubuh Gemuk
Seorang yang tenang. Penyayang, mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja, agak lambat ketika berfikir tetapi ingatannya tajam, cabar dan jarang marah.

Dari Tarikh Lahir

– Bulan 2,4,6,8,9,11,12
Kelam kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa mahu cari kehebatan.

– Bulan1,3,5,6,7,10,12
Tenang ,mudah bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.

– Bulan 2,3,4,7,8,9
Emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung.

Dari Segi Warna

– Hijau
Menyukai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis dan banyak idea.

– Hitam
Serius, tinggi iltizam dan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

– Putih
Optimis, sabar, baik sangka baik dan suka kedamaian.

– Merah Jambu
Penyayang, bersungguh-bersungguh dan punya keinginan tinggi.

– Oren
Suka kebebasasn, kreatif, aktif, agak kelam kabut, ramai kawan, dan ber semangat tinggi.

– Kuning
Ceria, tahan lasak dan suka berkawan.

-Biru muda
Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama dan sedia berkorban untuk orang lain.

– Emas/ perak
Suka kepada kejayaan


Urutan Dalam Keluarga

– Anak sulung
Cakap serupa bikin,cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik-adik ,pandai pujuk, dan suka kawal orang lain

– Anak tengah
Suka jadi pendamai, pemurah ,mudah berkawan dan mudah bertolak ansur.

– Anak bongsu
Berani ambil risiko, bertolak ansur dan peramah serta kreatif

-Anak tunggal
Berkeyakinan tinggi, tak bergantung pada orang lain, cermat, teliti dan terperinci, cita-cita tinggi serta pemurah .

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

3 thoughts on “Rahsia Perwatakan Anak-anak Melalui Ciri-ciri Fizikal

  • 18/04/2013 at 3:18 pm
    Permalink

    BTUL2 XBOLEH COPY…

    Reply
  • 18/04/2013 at 3:17 pm
    Permalink

    SUKA MENDENGAR TENTANG PERANGAI ANAK-ANAK… LAU BOLEH SHARE LA IKIT TENTANG NOM 1 DAN SETERUSNYA..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*