Kronologi Sejarah Palestin – Mandat British 1922

mandat british 1922Mandat untuk Palestin, juga dikenali sebagai Mandat Palestin atau Mandat British ke atas Palestin, merangkumi wilayah di Timur Tengah yang terdiri daripada Jordan moden dan Israel termasuklah Tebing Barat serta Jalur Gaza (sebelumnya dikuasai oleh Empayar Uthmaniah).

Ia telah diamanahkan oleh Liga Bangsa kepada British untuk mentadbirnya setelah tamatnya Perang Dunia Pertama dan dikenali sebagai Wilayah Mandat.

Sebelum tamatnya Perang Dunia Pertama, Palestin merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniah. Di bawah British melalui Jeneral Allenby ketika berlakunya Pemberontakan Arab yang digerakkan oleh perisik British iaitu T. E. Lawrence, telah mengalahkan tentera Turki pada tahun 1917 dan kemudiannya menduduki Palestin dan Syria.

perisytiharan belfour
perisytiharan belfour

Kerajaan Inggeris telah sepenuhnya mengawal Palestin melalui Persidangan Damai Versailles yang dibentuk oleh Liga Bangsa pada tahun 1919. Kemudian melantik Herbert Samuel, Ketua pos umum Kabinet Inggeris untuk mengatur Perisytiharan Balfour. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Tinggi. pertama di Palestin.

Semasa Perang Dunia Pertama, British telah membuat dua perjanjian mengenai wilayah di Timur Tengah. British telah menjanjikan kepada bangsa Arab tempatan (melalui Lawrence of Arabia) untuk kemerdekaan negara Arab. Ia merangkumi sebahagian besar tanah Arab di Timur Tengah. Ia merupakan ganjaran di atas sokongan ke atas British. British juga telah berjanji untuk membina Negara bangsa Yahudi sebagaimana yang termaktub dalam Perisytiharan Balfour 1917.

British dalam Hussein-McMahon Correspondence, telah menjanjikan kepada keluarga DiRaja Hashemit sebahagian besar tanah sebagai ganjaran atas sokongan mereka semasa Pemberontakan Arab semasa Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920 di Persidangan Sanremo di Itali, Liga Bangsa memutuskan mandat Palestin diberikan kepada British. Mandat Palestin merupakan dokumen-dokumen yang jelas tentang tanggung jawab British dan kuasa pentadbiran di Palestin termasuklah memastikan pembentukan Negara bangsa Yahudi dan menjaga hak-hak sivil dan keagamaan bagi penduduk Palestin.

Sumber dan disunting dari: http//:www.palestinehistory.com

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*