Kronologi Sejarah Palestine 1900-1922

1904 : Persidangan Zionis Keempat telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah Negara bangsa untuk orang Yahudi di Argentina.

1906 : Persidangan Zionis memutuskan bahawa tanah air Yahudi seharusnya ditubuhkan di Palestin.

1914 : Dengan tercetusnya Perang Dunia I, Britain menjanjikan kemerdekaan tanah Arab dari kekuasaan Uthmaniyyah, termasuk Palestin. Ia dikira sebagai ganjaran di atas sokongan Arab menentang Turki yang memihak kepada Jerman dalam peperangan tersebut.

1916 : British dan Perancis telah menandatangani Perjanjian Sykes-Picot, yang membahagikan wilayah Arab menjadi kawasan-kawasan pengaruh mereka. Lubnan dan Syria berada di bawah penguasaan Perancis. Manakala Jordan dan Iraq di bawah Britain dan Palestin menjadi penguasaan pengantarabangsaan.

1917 : Pada 2 November, Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour melalui Arthur J. Balfour dalam bentuk surat kepada pemimpin Zionis Inggeris yang membenarkan pembentukan Negara bangsa Yahudi di Palestin.

1917-1918 : Dengan bantuan Arab, British merampas Palestin dari Khilafah sejarah israel palestinUthmaniyyah. Orang-orang Arab memberontak menentang Khilafah Uthmaniah kerana British menjanjikan kemerdekaan negara kepada mereka terutamanya kepada Shareef Husein bin Ali dari Makkah. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama British turut mengadakan perjanjian yang lain secara sulit yang bertentangan dengan komitmen sebelum ini. Iaitu perjanjian Sykes-Picot dengan Perancis dan Rusia (1916). British berjanji untuk membahagi dan menguasai wilayah dengan sekutu-sekutunya. Pada 1917, Britain menjanjikan Negara kebangsaan kepada bangsa Yahudi.

1918 : Setelah Perang Dunia Pertama berakhir, bangsa Yahudi mula berhijrah ke Palestin. Negara haram Yahudi telah ditubuhkan setelah mendapat mandat British dengan kelulusan daripada Liga Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1922. Pembesaran penempatan dan kawasan ekonomi Yahudi dibuat secara besar-besaran selama tempoh mandatori yang diberikan oleh British yang berlangsung sehingga 1948.

1919: Palestin dalam persidangan kebangsaan pertama menyatakan penentangan mereka terhadap Deklarasi Balfour.

1920: Dalam San Remo Conference telah memberi mandat kepada British ke atas Palestin. Sir Herbert Samuel, seorang Zionis, dihantar oleh Britain sebagai Pesuruhjaya Tinggi pertama Palestin.

1922: Majlis Liga Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan Mandat untuk Palestin

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*