Nama Tempat Terpanjang di Dunia

Taumatawhakatangihanga-koauauotamatea-pokaiwhenuakita-natahu atau Taumatawhaka-tangihangakoauauo-tamateaturipuka-kapikimaunga-horonukupokai-whenuakitanatahu ialah nama Maori untuk sebuah bukit setinggi 305 meter, dekat dengan Porangahau, di selatan Waipukurau di selatan Hawke’s Bay, Selandia Baru. Nama ini sering dipendekkan sebagai Taumata oleh penduduk setempat agar mudah dilafazkan.

Nama tempat terpanjang di dunia

Nama pada tanda yang menandai puncak bukit ini dieja Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapiki-maungahoronukupokaiwhenuakitanatahu, yang dapat diertikan Pundak [atau puncak] bukit [atau tempat], di mana Tamatea, lelaki berlutut besar, yang meluncur [ke bawah], memanjat [ke atas] dan menelan pergunungan, [untuk berjalan melalui darat], [yang] dikenal sebagai pemakan tanah, memainkan [pada] seruling [hidung]nya untuk orang yang dicintainya. Dengan 85 huruf, ini merupakan salah satu nama tempat terpanjang di dunia.

Ada beberapa terjemahan dan ejaan yang berbeza. Juga telah dieja Tetaumatawhakatangihangakoauaotamateaurehaeaturipukapihimaunga-horonukupokaiwhenuaakitanarahu, 92 huruf, dan telah dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records juga.

Versi terpanjang nama ini rupanya lebih baru, atau barangkali lebih rasmi. Ada pernyataan bahasa nama yang lebih panjang, yang kini diperlihatkan pada sebuah tanda, telah digunakan oleh hampir seluruh orang Maori setempat.

Nama tempat terpanjang di Wales

Orang Wales mengemukakan bahawa nama yang lebih panjang telah disusun lebih panjang daripada Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch, yang beberapa perdebatan lainnya disusun dan menjadi nama tempat terpanjang di Inggeris.

*disebabkan nama terlalu panjang, saya terpaksa tambahkan hypen (-) pada nama tersebut. Nama sebenarnya ialah tanpa hypen!

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*