Kurang Tidur Tambahkan Berat Badan

kurang tidur berat badan bertambahPercayakah jika saya katakan bahawa jika kita kurang tidur, kita sebenarnya mendedahkan diri kita ke arah pertambahan berat badan dan bukannya sebaliknya seperti yang didakwa oleh kebanyakan orang? Kenyataan ini bukanlah rekaan semata-mata malah merupakan kajian terperinci yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat.

Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat cuba mencabar tanggapan yang menyatakan tidur yang kurang menyebabkan individu mudah kurus apabila mendakwa amalan itu sebaliknya boleh menambah berat badan seseorang.

Sejak bertahun lamanya, pakar berat badan menekankan kepentingan mengambil makanan berkalori rendah dan senaman yang secukupnya.

Namun, kajian terbaru Universiti Chicago menunjukkan faktor ketiga bagi mengawal berat badan – mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Malah, dua kajian yang disiarkan semalam mendapati, sukarelawan yang terbabit dalam penyelidikan dengan tidak mendapat tidur mencukupi, mempunyai sejenis hormon yang kadarnya tinggi dan mencetuskan rasa lapar.

Mereka juga dikesan mempunyai sejenis hormon pada paras rendah yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

“Sehubungan itu, kami mengesyorkan mana-mana program pengurangan berat badan turut memasukkan faktor mendapat tidur yang secukupnya sebagai salah tips berguna,” kata pakar tidur universiti berkenaan, Dr Esra Tasali, yang turut terbabit menghasilkan kajian itu.

Satu kajian membabitkan 18,000 dewasa yang dikeluarkan bulan lalu oleh Pertubuhan Kajian Obesiti Amerika Utara mendapati, mereka yang menikmati tidur kurang empat jam semalam, adalah 73 peratus lebih mudah untuk obese atau gemuk berbanding mereka yang tidur tujuh hingga sembilan jam lamanya.

Kajian terbaru yang dikeluarkan semalam turut menemui hasil hampir sama apabila membabitkan penyelidikan ke atas 1,024 sukarelawan.

Daripada jumlah, 14.9 peratus responden yang tidur hanya lima jam mencatatkan hormon ghrelin yang meningkatkan selera makan.

Mereka yang kurang tidur turut mencatat penurunan hormon leptin yang menyebabkan seseorang itu berasa kenyang.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati tahap optimum tidur bagi tujuan mengawal berat badan adalah purata 7.7 jam.

“Tindakan mengurangkan waktu tidur hanya membuatkan selera makan meningkat dan makan berlebihan.”

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

2 thoughts on “Kurang Tidur Tambahkan Berat Badan

  • 18/05/2010 at 9:22 am
    Permalink

    Ptt r berat bdn ku ssh nak trun..huhu..

    Reply
    • 19/05/2010 at 4:30 pm
      Permalink

      tok pun sama..nampaknya kurang tidur sikit sebab banyak kerja….he2

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*