Marie Curie – Penerima Anugerah Nobel 2 Kali

Madam Marie Curie pemenang hadiah Nobel 2 kaliNama asalnya Maria Sklodowska. Mungkin ramai tidak mengenali siapa itu Maria Sklodowska tetapi Marie Curie lebih terkenal berbanding ramai ilmuwan yang lain. Tetapi kemasyhurannya tidaklah bertitik tolak dari nilai pentingnya ilmiah yang sudah dipelopornya, tetapi ianya lebih banyak disebabkan kerana dia seorang wanita. Kariernya membuktikan, dalam jenis pekerjaan yang sedemikian mana mungkin seseorang wanita sanggup melakukan penyelidikan ilmiah yangbegitu tinggi nilai dan kualitinya.

Atas dasar ini dia menjadi amat tersohor, sehingga ramai yang berpendapat yang beliaulah yang menemukan radioaktif. Tetapi yang nyata, radioaktif diketemukan oleh Antoine Henri Becquerel. Tak perlu dipersoalkan lagi bahawa penemuan tersebut berpihak kepada Becquerel, kerana s esudah Marie Curie membaca laporan penemuan Becquerel barulah dia dan suaminya, Pierre, yang juga sama-sama ilmuwan berbakat memulakan penyelidikan tentang masalah itu.

Yang sesungguhnya hasil karya Marie Curie yang mengesankan adalah penemuan dan pemisahan elemen kimia radium. Sebelum ini, dia sudah menemukan elemen radioaktif lain yang dinamakannya “polonium,” diambil dari nama negeri asalnya, Polandia. Ini memang betul-betul karya yang mengagumkan, tetapi tidaklah mempunyai erti penting yang menonjol dalam teori ilmiah.

Tahun 1903, Marie Curie, Pierre Curie dan Antoine Henri Becquerel secara bersama-sama peroleh Hadiah Nobel untuk bidang fizik. Dan tahun 1911 Marie Curie dapat lagi Hadiah Nobel, kali ini untuk bidang kimia. Ini membuatnya orang pertama yang peroleh Hadiah Nobel dua kali.

Menarik untuk dicatat bahwa Marie Curie punya anak-anak kecil tatkala dia menyelesaikan penyelidikan ilmiah paling pentingnya. Puteri tertuanya, Irene, juga menjadi ilmuwan yang berhasil gemilang. Irene berkahwin dengan lelaku yang juga ilmuwan berbakat, Jean Frederic Joliot. Sepasang suami isteri itu bersama-sama menemukan radioaktif  buatan (artifisial). Untuk penemuan ini (yang boleh dianggap “keturunan” dari penemuan radio-aktif alamiah!) menyebabkan Joliot dan Curie memperolehi Hadiah Nobel tahun 1935. Puteri kedua Marie Curie, Eve, menjadi ahli muzik yang  terkenal dan juga seorang pengarang. Inilah yang dikatakan keluarga Curie ini merupakan sebuah keluarga luar biasa!

Marie Curie meninggal dunia pada tahun 1934, akibat leukemia. Besar kemungkinan akibat berulang kali berhadapan dengan benda-benda yang mengandung radioaktif.

MARIE CURIE 1867-1934

Diambil dari:
Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah
Michael H. Hart, 1978

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*