BolaStore.com - Jersi Bolasepak Malaysia Original!

Khasiat Herba Beluntas

pokok herba beluntasMalaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai jumlah kepelbagaian kehidupan, haiwan dan tumbuhan yang tinggi “mega diversity”. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan, Malaysia mempunyai pelbagai pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Antaranya ialah pokok herba Beluntas.

Pokok Beluntas adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia dan biasanya boleh terdapat di pasar tani sebagai sayur ulam. Nama botaninya Pluchea Indica. Apakah istimewanya Herba beluntas ini?

Semua orang tidak ingin nafas berbau. Apa tidaknya, nafas berbau boleh menimbulkan kesan negatif terhadap penampilan diri dan menjejaskan imej seseorang. Antaranya ialah orang lain akan menjauhkan diri daripada mereka yang mengalami masalah bau nafas terutamanya ketika berbual.

Oleh itu tidak hairanlah ramai di kalangan masyarakat kita yang mengamalkan pelbagai petua sama ada secara tradisi atau pun moden untuk menyegarkan nafas.

Namun begitu, terdapat sejenis tumbuhan herba tempatan yang boleh digunakan untuk menyegarkan nafas. Tumbuhan tersebut dikenali sebagai beluntas atau nama saintifiknya Plucheaindica. Tumbuhan renek dari keluarga compositae ini sering ditemui tumbuh liar terutamanya di kawasan pantai.

Daun pokok beluntas boleh dimakan secara mentah sebagai ulam. Rasanya agak kelat dan berangin boleh menyegarkan nafas. Pada masa yang sama ianya boleh menghilangkan bau badan dan melegakan tekak.

Selain itu, daun pokok beluntas juga boleh digunakan untuk merawat demam dan mengubati luka, ulser dan kudis.

Untuk melegakan demam, daun pokok beluntas yang telah dikeringkan direndam dalam air suam dan diminum. Manakala untuk mengubati ulser, luka dan kudis, ambil beberapa helai daun pokok beluntas, tumbuk sehingga lumat dan ditampalkan di tempat yang sakit.

Sumber : Pelbagai * wiki dan Mingguan Malaysia 20.8.2000

Filed Under: Tahukah Anda?

Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.

 

Artikel Terkini di PanduanPercuma.info

No thumbnail available

Hayati Erti Sebenar Korban Dalam Islam

June 18th, 2013

Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya[...]


Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

Fahami Tujuan Perkahwinan Dalam Islam

June 16th, 2013

Pembentukan keluarga itu bermula dengan perkahwinan. Perkahwinan itu mempunyai tujuan dan matlam[...]


Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

Teknik Persembahan atau Presentasi Yang Berkesan

June 14th, 2013

Teknik persembahan adalah sebahagian daripada ilmu komunikasi. Komunikasi itu sendiri adalah penyamp[...]


Hidup Tanpa Seks

Hidup Tanpa Seks

June 12th, 2013

DIANGGARKAN satu peratus daripada penduduk di dunia terdiri daripada mereka yang hidup tanpa seks da[...]


Mutiara Kata Khalil Gibran – Bhg II

Mutiara Kata Khalil Gibran - Bhg II

June 9th, 2013

Berikut adalah sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu koleksi mutiara kata terpilih daripada[...]


This site is protected by WP-CopyRightPro
Read more:
al kindi ilmuwan islam dan ahli filosofi islam
Al-Khindi – Cendekiawan Islam Teragung

Nama : Abu Yousuf Yaqub Ibn. Ishak al-Khindi. Lahir : Kufa sekitar tahun 800 Masehi. Kepakaran : falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan...

Close
8 queries in 0.905 seconds.