10 Foto Yang Mengejutkan Dunia
Entri ini dibuat untuk menguji pengetahuan anda tentang berita dan sejarah sepanjang kehidupan anda. Berikut adalah 10 foto yang boleh dikategorikan bersejarah, menyayat hati bahkan kontroversi yang mengejutkan seluruh dunia.
No. 10 – Uganda, 1980 - Foto yang menyayat hati ini menunjukkan tangan gementar mubaligh Kristian dengan anak-anak yang menderita kebuluran di Uganda.
No 9 – Iraq, 1983 – Seorang askar Iraq di penjara sedang menenangkan anaknya.
No 8 – Permukaan Bulan, 1969 – Pihak Rusia mendakwa Amerika telah memperbodohkan dunia dan rakyatnya sendiri dengan menyiarkan foto pendaratan Niel Amstrong di bulan. Foto ini menimbulkan keraguan kerana Rusia mendakwa bagaimana bendera boleh berkibar dengan elok di atmosfera bulan.
No 7- Hiroshima, Japan 1945. Kesan pengeboman ke atas bandar Hiroshima di Jepun yang menamat Perang Dunia ke-2 pada tahun 1945 amat menyayat hati. Ini merupakan penggunaan bom nuklear yang pertama dalam sejarah peperangan. Dianggarkan kira-kira 45,000 hingga 75,000 penduduk mati serta merta walau pun jumlah sebenarnya tidak dapat ditentukan dengan terperinci. Kesan bom atom itu juga menyebabkan ramai penduduk Hiroshima dan Nagasaki mengalami kecacatan kekal sehingga kini.
No 6- New York, Amerika Syarikat, 2001 – Tragedi pengeboman Pusat Dagangan Dunia di Amerika pada 11 hb September 2001 mengorbankan lebih 3000 orang dan mengejutkan jutaan rakyat dunia. Ranapnya bangunan yang merupakan trademark kestabilan ekonomi Amerika itu sungguh tidak diduga oleh umum tentang bagaimana perancangan rapi pihak pengganas mampu melakukannya.
No 5 – Tragedi Bhopal Gas, Disember 1984
Salah satu korban bencana terburuk di dunia industri yang pernah dikenali sebagai tragedi gas Bhopal, terjadi di sebuah kilang racun perosak Union Carbide di bandar Bhopal India pada tarikh 3, 1984. Kilang tersebut mengeluarkan gas beracun (MIC) gas dan pelbagai jenis racun yang lain, sehingga mengakibatkan lebih daripada 500,000 orang terdedah kepada gas beracun.
No 4 – Tragedi Protes di Tiananmen Square, Beijing China, 1989.
Foto popular ini menunjukkan seorang lelaki China berdiri menyekat sekumpulan 4 buah kereta kebal tentera China di Dataran Tiananmen pada tahun 1989. Gambar terkenal ini diambil pada 5 Jun 1989 oleh Jeff Widener.
No 3 -Sami Protes Dengan Membakar Diri Sendiri, Saigon Vietnam 1963.
Thich Quang ??c seorang sami Buddha Vietnam yang membakar dirinya sampai mati di persimpangan jalan Saigon pada tarikh 11 Jun 1963, sebagai protes terhadap penganiayaan terhadap umat Buddha di Vietnam.
No 2 -Foto kanak-kanak kebuluran di Sudan, 1993.
Seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan diperhatikan oleh burung pemangsa (nasar) yang menunggu kematiannya. Fotografer Kevin Carter memenangi Hadiah Pulitzer untuk foto yang mengejutkan ini. Ribuan mengeluh bahawa Carter telah menghabiskan 20 minit mengambil gambar ini dan bukannya membantu anak tersebut.
Amat jelas sekali keadaan kebuluran yang membawa kematian berlaku di Sudan pada era tersebut. Tak seorang pun tahu apa yang terjadi pada anak tersebut , yang merangkak menuju ke sebuah kem makanan PBB. Pada usia 33, Kevin Carter membunuh diri, 3 bulan setelah mengambil gambar tersebut. Rakan-rakanya mengatakan yang dia selalu membawa kengerian karyanya bersamanya.
No 1 – Penjara Abu Ghraib, Iraq 2004.
Beberapa siri foto yang menggambarkan penyeksaan, penghinaan, dan gangguan seksual terhadap tahanan Iraq oleh tentera AS di Abu Ghraib, mencetuskan protes dan kemarahan dunia terhadap Amerika.

Begitulah senarai 10 foto yang mengejutkan dunia. Anda mungkin pernah terlihat banyak lagi foto-foto yang sesuai dimuatkan dalam kategori ini.
Lain2 Artikel Menarik:
Filed Under: Tahukah Anda?

















