Media Sosial Lebih Popular Daripada Seks dan Pornografi

Lebih kurang pada tahun 500 SM, seorang ahli falsafah Greek, Hiraclitus pernah menulis kata-kata “the only constant is change” atau “satu-satunya yang malar ialah perubahan” dan hakikatnya tidak banyak yang berubah hingga sekarang. Kebaikan tetap menang!

Filem-filem yang berlandaskan kepada unsur seks dan keganasan biasanya menjadi “pecah panggung” atau “box-office”. Sehinggakan permainan video lebih banyak dijual berbanding filem-filem porno (bahkan filem-filem yang tidak bertemakan porno atau seks lebih banyak ditonton). Dan jikalau anda jangkakan yang perkataan “seks” atau “porno” menjadi perkataan perkataan yang paling dicari di Google, anda sebenarnya tersilap. Walaupun perkataan “seks” tersebut mungkin dicari ramai, namun hakikatnya lebih ramai orang mencari perkataan “God” atau tuhan untuk beberapa tahun terkemudian ini.

Walau pun peneraju enjing pencari seperti Google tidak membuat senarai kepada umum tentang perkataan yang dicari, tetapi apabila dilihat melalui “Google timeline”, teks atau perkataan yang dicari sentiasa bersilih ganti dari semasake semasa. Contohnya, teks yang paling banyak dicari pada tahun 2009 ialah “michael jackson” dan pada tahun 2010 pula “chatrolette” (pada tahun 2008 ialah “sarah palin”).

Mari kita renung perspektif ini. Google sebagai peneraju enjin pencari dengan lebih daripada 70% carian di dalam dunia, mengindeks sebanayak 1 trillion URL (Uniform Resource Locater – iaitu alamat laman web) dan sehingga tahun 2008 ia telah berkembang dengan kadar penambahan jutaan alamat setiap hari, menjadikan jumlah carian mencecah lebih daripada 1 billion setiap hari. Walaupun 1 trillion URL itu hanya 20% daripada jumlah sebenar seluruh internet, perkataan “sex” atau “porn” hanya berada pada tahap 300 juta carian sebulan, jauh lebih rendah berbanding perkataan-perkataan lain. Sebagai contohnya, perkataan yang paling banyak dicari sekarang ialah “youtube” dan begitu juga perkataan “facebook”.

Ianya tidak memeranjatkan memandangkan Facebook adalah laman sevis sosial yang ke-2 popular di dunia selepas QQ, laman web sosial negara China dengan ahli berdaftar sebanyak 150 juta (walau pun pada hakikatnya Facebook mempunyai lebih ramai pengguna yang aktif). Ditambah pula laman sosial yang lain seperti Orkut, Hi5, Mixi, MySpace, Twitter dan lain-lain, sememangnya “kebaikan” mengatasi “syaitan” – laman-laman atau network porno masih lagi ketinggalan.

perkataan terbanyak dicari di google 2010

Hakikatnya, laman sosial akan kekal. Bersifat sosial sebenarnya sudah terdapat dalam setiap diri dan jiwa setiap insan. Manusia akan cinta kepada manusia. Kita berkomunikasi. Itulah satu-satunya perkara yang membuatkan dunia ini hidup.

Adakah Facebook atau laman sosial yang lain akan terus hidup? Itu semua tidak ada kepastiannya. Dengan lebih daripada 2 juta bayi dilahirkan di China dan India setiap bulan, sudah tentu bahasa Inggeris tidak akan menjadi bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia ini, dan mungkin akan berkurangan dalam masa hadapan. Manusia akan terus mencari perkataan “seks”, “sex”, “porno” atau “porn” atau perkataan seumpamanya dalam bahasa lain, namun komunikasi social ini akan terus berkembang dan ianya sudah pasti akan mendominasi kehidupan berbanding hanya seks dan porno dalam hidup ini.

Berikut adalah senarai perkataan atau terma popular yang dicari di Goolge pada tahun 2010 mengikut kategori masing-masing:

Perkataan Yang Popular dicari sepanjang 2010:
1. Chatroulette
2. iPad
3. iPhone 4
4. WM 2010
5. Justin Bieber
6. 20 Minuten Online
7. gratis-inserate.ch
8. Facebook
9. Easyjet
10. YouTube

Personaliti Popular yang dicari:
1. Steve Lee
2. Kerstin Cook
3. Laura Kämpf
4. Menowin Fröhlich
5. Kesha
6. Jörg Kachelmann
7. Simon Ammann
8. Justin Bieber
9. Cheryl Cole
10. Shakira

News Event atau Berita yang dicari:
1. Big Brother 10
2. Haiti
3. iPad
4. iPhone 4
5. Jörg Kachelmann
6. Menowin Fröhlich
7. Steve Lee
8. Vancouver 2010
9. BP
10. Vulkan

Jenama kereta yang paling popular dicari:
1. BMW
2. Audi
3. VW
4. Ford
5. Mercedes
6. Honda
7. Opel
8. Peugeot
9. Fiat
10. Toyota

Artikel ini diterjemahkan daripada sumber:

1.http://didyouknow.org/social-media-is-more-popular-than-porn/

2. http://www.newlyswissed.com/?p=4813

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*