Haram Sambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day

Tiba tanggal 14hb Februari saban tahun, ramai orang terutama di Barat menyambut Valentine’s Day atau pun Hari Kekasih seperti yang diungkapkan di sini. Sambutan yang begitu hangat di Barat tanpa disedari telah menjadi satu norm dalam masyarakat kita di Malaysia. Sehinggakan di dalam televisyen pun disuapkan dengan filem-filem sempena Hari Kekasih. Hotel-hotel terkemuka di dalam negara juga tidak terkecuali mencanang kedatangan Hari Kekasih ini.

Tetapi tahukah kita sebagai orang Islam bahawa menyambut Hari Kekasih itu bertentangan nilai agama Islam? Sehinggakan difatwakan oleh Majlis Fatwa Malaysia bahawa menyambutnya adalah HARAM. Kita seharusnya peka dan sedar apa sebenarnya sambutan Hari Kekasih itu. Artikel ini akan menjelaskan dan mengupas isu mengenai Hari Kekasih atau Valentine’s Day ini. Sehubungan dengan itu, mari kita selidik sejarah Valentine itu sendiri.

velentine day - hari kekasih haram

The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menuliskan ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorang di antaranya dilukiskan sebagai yang mati pada masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa “St. Valentine” yang dimaksudkan, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui hujung-pangkalnya kerana pelbagai sumber mengisahkan cerita dengan versi yang berbeza.

Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II, pemerintah kerajaan Rom masa lampau menyembah dewa-dewi yang dianggap sebagai tuhan mereka. Apabila tiba agama Kristian, ramai yang mula menganuti agama tersebut sehinggakan Claudius II memerintahkan menangkap, memenjarakan dan menyiksa ramai penganut Kristian dan para mubalighnya.

St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Rujuk kepada artikel (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)

Versi kedua menceritakan bahwa Kaisar Claudius II menganggap tentera yang muda dan bujang akan lebih tabah dan kuat dalam medan perang daripada yang telah berkahwin. Kaisar lalu melarang para pemuda untuk berkahwin, namun St.Valentine melanggar arahannya dan secara sembunyi telah menikahkan banyak pemuda Rom sehingga ia ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M (lihat: The World Book Encyclopedia, 1998).

Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut Supercalis yang jatuh pada tanggal 15 Februari. Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine.

Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah, bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari. Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata Galentine yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.

Dengan berkembangnya zaman, seorang ‘martyr’ bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannyan (jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui ‘greeting card’, pesta persaudaraan, bertukar hadiah dan sebagainya, tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu. Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa hal/saat/waktu ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang bertujuan untuk merosak ‘akidah’ muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

Sebagai seorang muslim, tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam? Mari kita renungkan firman Allah :

”Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya.” (Surah Al- Isra : 36)

Dalam Islam kita tahu bererti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu. Oleh kerana itu, Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng (mendorong/mengikut)) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut TAQLID. Hadith Rasulullah SAW :

”Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu.”

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran(keluarga Imran) ayat 85 :

”Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”

Wallahu’alam bissawab.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*