Thumbelina – Kuda Terkecil Di Dunia

Dia mungkin kecil dan berketinggian hanya 17 inci dan dengan berat hanya 32kg, tetapi adalah seeokr kuda sejati. Thumbelina, begitulah nama yang diberi, dianugerahkan sebagai kuda terkecil di dunia oleh Guniess World of Rercords pada tahun 2006 semasa ia berusia 5 tahun.

Kuda biasanya akan mempunyai berat secara purata sebanyak 113kg apabila membesar dan ketinggian boleh mencecah sehingga 3 kaki, tetapi Thumbelina dikategorikan sebagai “kuda dwarf” atau “kuda kenit”.

thumbelina-kuda-paling-kecil-di-dunia-2Semasa ia dilahirkan, ianya seberat 3.5kg iaitu purata berat seorang bayi apabila dilahirkan. Pemiliknya, Michael Goessling, dari Goose Creek farm di St. Louis, Missouri seakan tidak percaya yang ianya akan terus hidup setelah dilahirkan. Ini kerana ianya kelihatan sakit ketika dilahirkan dan bahagian kakinya agak kecil berbanding dengan saiz badannya. Namun, ia akhirnya berjaya hidup sehingga sekarang dan membesar sebanyak 28kg. Ia hanya makan 1 cawan bijirin dan segenggam jerami sehari dengan 2 kali hidangan.

Jangka hayat Thumbelina dijangka mampu mencecah 17 tahun, iaitu lebih kurang separuh jangka hayat kuda biasa (35 tahun). Ia mampu hamil tetapi pemiliknya tidak mahu ianya berlaku kerana dikhuatiri akan terjadi masalah semasa hamil dan adalah lebih ianya dielakkan.Sekarang Thumbelina telah menjadi “superstar” atau “celebrity” di tempat kelahirannya dan juga di seluruh Amerika amnya.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*