Tao Yuanming: Petani dan Penyajak Tersohor China

Penyajak patriotik yang hidup pada zaman Dinasti Song Selatan, Xin Qiji sering belajar daripada karya Tao Yuanming (365–427) dan menganggap beliau sebagai “kawan rapat”nya ketika menemui jalan buntu dalam mencapai cita-citanya. Beliau sering menyatakan kesalnya kerana tidak berpeluang menyumbangkan tenaga untuk menyatukan tanah air.

Dalam satu puisi yang bertajuk “Shui Long Yin” yang dihasilkannya, Xin Qiji menulis kata-kata seperti berikut, “Aku yakin, tokoh yang sudah meninggal ini, jika beliau hidup sekarang ini, pasti kelihatan semangat patriotiknya yang berapi-api.”

Xin Qiji telah menghasilkan puisi sebanyak 626 buah, dengan 60 daripadanya, iaitu

Karya Tao Yuanming diterjemahkan ke bahasa Inggeris
Karya Tao Yuanming yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris

hampir 1/10 daripada keseluruhan, mempunyai sedikit sebanyak hubungan dengan karya Yuanming dengan memetik perkataannya, atau membuat analogi dari karyanya atau memuji semangatnya.

Dalam puisinya “Nian Nu Jiao” , Xin Qiji menyifatkan hanya Tao Yuanming seorang sahaja yang patut dihormatinya kerana beliau beretika tinggi, mempunyai kegemaran yang begitu santai dan istimewa dengan menanam bunga kekwa di tepi pagar, sambil menyuarakan pandangan yang kritikal terhadap masyarakatnya. Maksudnya, Xin Qiji memberikan penilaian yang tertinggi kepada penyajak ini berbanding dengan penyajak lain yang hidup pada zaman sebelum itu.

Pada zaman Dinasti Yuan, Dinasti Ming dan Dinasti Qing, malah pada zaman kontemporari, rakyat China terus memberikan penghargaan yang tinggi kepada karya Tao Yuanming yang sudah wujud pada zaman Dinasti Song Utara dan Dinasti Song Selatan itu.

Karya ciptaan Yuanming dan etika yang dimilikinya telah mempengaruhi ramai sasterawan yang cemerlang yang hidup pada zaman berikutnya seperti Li Bai, Du Fu, Bai Juyi, Su Dongpo dan Xin Qiji. Tao Yuanming boleh dikatakan telah memberikan sumbangan yang besar dalam mengembangkan dan mewarnai kesusasteraan China pada zaman purba.

Lima puisi “Gui Tian Yuan Ju” yang dihasilkan oleh Yuanming merupakan karya utamanya dalam bidang puisi pertanian dan perkebunan. “Sho Wu Shi Su Yun” , salah satu daripada lima puisi tersebut, telah dimasukkan dalam teks bahasa dan sastera untuk pelajar sekolah menengah. Puisi yang bertemakan pemandangan kampung ini, sebenarnya bertujuan menyatakan rasa santai yang dinikmati oleh penulis ketika tinggal di kampung, dan rasa kesalnya tentang hidupnya yang lalu yang mementingkan kerjaya politik.

Puisi ini begitu menarik, hingga kita benar-benar dapat menikmati suasana yang digambarkannya, sekali gus kandungan yang hendak disampaikannya.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*