11 Nama Domain Termahal Di Dunia

Kita semua tahu bahawa menjual nama domain adalah salah satu perniagaan di mana anda boleh membuat wang hanya dengan menjual nama-nama domain yang unik dan popular. Namun pernahkah anda terfikir bahawa nama domain mampu mencecah jutaan ringgit nilainya di pasaran. Saya pasti anda akan terkejut dengan fakta-fakta berikut. Di sini saya senaraikan senarai 10 domain yang paling mahal pernah terjual di internet.

1. Insure.com

Insure.com dibeli oleh sebuah syarikat pemasaran Internet iaitu Quinstreet pada akhir tahun 2009 dengan harga $16,000,000.

2. Sex.com

Dengan nilaian $14 juta US Dollar, nama domain ini adalah yang paling mahal terjual sehinggalah pada akhir tahun 2009.

3. Fund.com

Dijual pada tahun 2008 dengan harga $9,999,950

4. Porn.com

Tidak mengejutkan sama sekali. Jika sex.com menggungguli carta termahal, Porn.com ini dijual dengan harga sebesar $ 9,500,000 pada tahun 2007.

5. Business.com

Website yang sedang digunakan sebagai mesin carian berkaitan perniagaan dan untuk iklan program. Sudah dijual dengan harga $ 7,500,000 pada tahun 1999.

6. Diamonds.com

Bak kata pepatah Inggeris, “Berlian adalah kekasih para wanita”, domain ini dijual dengan harga $ 7,500,000.

7. Beer.com

Amat mengejutkan!! Nama domain seperti alcohol.com, wine.com, vodka.com adalah merupakan salah satu nama domain terlaris. Beer.com ini dijual dengan harga setinggi $ 7,000,000.

8. Israel.com

Merupakan nama domain dengan nama negara dalam senarai yang terjual dengan harga setinggi $ 5,880,000 pada tahun 2004.

9. Casino.com

Tersenarai sebagai nama domain ke 9 popular dengan nilai jualannya setinggi $ 5,500,000.

10. Toys.com

Dibeli oleh syarikat permainan gergasi dunia ToysRUs dengan harga $5,100,000 pada tahun 2009.

 

11. SEO.com

SEO adalah salah satu istilah carian yang paling popular di enjin carian dan sebagai nama domain yang membuktikan istimewanya terma SEO dalam dunia internet. Domain ini dijual dengan harga $ 5,000,000.

Nah, begitulah senarai 10 nama domain termahal yang pernah dijual di pasaran. Nampaknya ianya berkaitan dengan bisnes, wanita, seks, arak dan judi yang sememangnya telah popular sejak zaman berzaman.

Anda juga boleh layari laman ini untuk senarai lain. Rujuk artikel ini untuk perincian sepenuhnya.

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*