Siri Monumen Bersejarah Negeri Kelantan – Bank Kerapu

Aneh…ada juga bank dinamakan dengan nama Bank Kerapu. Apakah sebenarnya Bank Kerapu ini? Apakah yang menyebabkan ianya menjadi satu monumen bersejarah negeri Kelantan? Mari kita selusuri sejarah Bank Kerapu…

Bank Kerapu adalah merupakan sebuah bangunan bersejarah yang terletak di sebelah hilir Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1912, bangunan ini siap dibina dan mula digunakan sebagai bank oleh “The Mercatile Bank of India Ltd”. Bangunan ini merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan.

Semasa Perang Dunia ke-II, pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat mereka. Bangunan ini juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini digunakan semula sebagai bank.

Pada tahun 1977, nama bank tersebut bertukar kepada “The Hong kong & Shanghai Banking Corporation”, dan pada 1981 bangunan ini dijadikan pula sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Ke II di Kelantan. Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini juga merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu. Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu.

 

Bank Kerapu Kini

bank kerapu

Bermula pada tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini.

 

Sumber rujukan asal:

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bank_Kerapu

2. Laman web rasmi Kerajaan Negeri Kelantan

Lain2 Artikel Menarik:

tokjogho

Mengapa Tok Jogho? Sebenarnya, Tok Jogho merupakan ketua dalam satu-satu persembahan Dikir Barat yang amat popular di Kelantan. Penggunaan nama Tok Jogho sebagai pentadbir laman web PanduanPercuma.info adalah berdasarkan fakta yang mana dalam setiap persembahan Dikir Barat, Tok Jogho merupakan nadi kepada keseluruhan persembahan di mana beliau perlu bijak mengatur kata-kata dan menyusun ayat agar persembahannya terserlah dan menarik, lain daripada yang lain. Itulah matlamat PanduanPercuma.info - ingin menjadi sebuah laman web berbahasa Melayu yang unik, penuh dengan maklumat dan informasi kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*